Thursday, September 2, 2010

Bagaimanakah Sudut Muzik Di Taska Anda?

Sudut muzik bertujuan untuk kanak-kanak menyelidik bunyi, ritma, pergerakan dan lagu. Berbagai pendapat tentang aprsiasi muzik untuk kanak-kanak. Ada pendapat mengatakan bermula dari kanak-kanak dan ada pula pendapat sebelum lahir. Walau apa pun bina minat secara semulajadi (natural) dengan aktiviti termasuk menyanyi, pergerakan dan bermain alat muzik. Kebiasaannya sudut muzik terdapat instrumen ritma, alat pemain CD atau kaset, drum, gong, loceng, kayu ritma dan lain-lain yang sesuai.

Sudut muzik agak bising dan aktif. Oleh itu kedudukan tempat sudut muzik di kawasan yang tidak mengganggu kanak-kanak lain di sudut bacaan sudut penerokaan (sains). Kedudukan berhampiran plug eletrik adalah baik untuk tujuan menggunakan pemain CD atau kaset. Letakan peralatan muzik di rak yang rendah supaya mudah dicapai dan digunakan oleh kanak-kanak.

2 comments:

  1. salam prof, betulkah muzik adalah salah satu cara untuk kanak-kanak meluahkan perasaannya? contohnya, waktu kanak-kanak itu sedang bermain peralatan muzik..

    ReplyDelete
  2. Memang ada kebenarannya seperti yang anda nyatakan. Terima kasih berkongsi pendapat untuk dimanfaatkan pembaca blog ini.

    ReplyDelete