Wednesday, September 15, 2010

Kelilingi Dengan Peralatan Menulis Membantu Literasi Kanak-Kanak

Kelilingi dengan kemudahan peralatan menulis dapat membantu kanak-kanak kepada literasi. Semua peralatan penulisan dari pelbagai jenis disediakan dan ditempatkan yang mudah diambil. Sediakan alat penulisan berbagai jenis seperti kertas, 'markers,' krayon, pensil dan pen.Tiada sekatan atau had apabila kanak-kanak ingin menggunakannya.

Kanak-kanak digalakkan menceritakan kepada anda. Selepas itu galakkan kanak-kanak menulis cerita. Kemudian bacakan untuk mereka. Mungkin tulisan kanak-kanak ada yang berbentuk simbol atau lakaran sahaja dan tidak difahami. Berdasarkan cerita yang anda dengar daripada kanak-kanak, tulis cerita itu di bahagian bawah kertas yang dilakar. Beri dorongan atau pujian kerana mereka telah menulis cerita.

2 comments:

  1. Salam Prof. Saya kdg2 fade up dgn gelagat anak2 saya yg berusia 5 thun dan 3 thn, selalu sgt membeli pensel dan pensel warna, mlh kdg2 bekas pensel saya sdiri kosong gara2 tabiat mereka yg suka menconteng buku. Yg 5 thn akan menulis apa sja yg dia suka, sama ada cerita kartun atau tulis surat kpd kakaknya yg berusia 8 thn. Yg 3 thn akan mengikut apa sj yg dibuat oleh abgnya. Yg seronoknya, pada hari ibu, sya mendapat dua kad buatan sendiri dr yg 5 thun itu... dgn gambar yg kelakar, tp menyentuh hati. Yg 3 thn pun begitu, dia paksa kakanya menulis ayat2 utk hari ibu, dia conteng2 dan kemudian kedua2nya dtg membawa kad hari ibu dn meminta saya membacanya dgn kuat. Itulah gelagat anak2 yg baru pandai membaca dan menulis, dn yg sudah mula minat belajar. Sya biarkan bilik belajar mereka bersepah dgn buku2 cerita, alat2 tulis, shgga kdg2 di atas kerusi pun bersepah dgn alat tulis mereka. Hasil kreativiti mereka sy gantung di dlm bilik belajar mereka.. termasuklah hasil seni mereka (mewarna lukisan batu) yg tidak cantik ttpi bernilai tggi di mata sy.. yg 5 thn minat ultraman, jd dia mewarnakan batu sungai yg dibelinya dgn muka ultraman... biarkan... di situ dia belajar mengadun warna dan bakatnya..
    yg penting dia belajar sambil bermain, tanpa stress dan mindanya berkembang seiring dgn kemahiran 3Mnya itu. Wslm.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih perkongsian pengalaman yang berguna kepada saya dan pembaca lain. Saya nasihatkan anda cuba mengumpul hasil kerja anak anda dan simpan di dalam kotak. Catat tarikh, umur dan nama setiap hasil kerja anak anda. Anda akan lihat perkembanganya sehingga beberapa tahun dan menjadi bahan yang tidak ternilai. Maksudnya anda melihat sendiri akan perkembangan anak anda.

    ReplyDelete