Tuesday, September 14, 2010

Menghubungkan Kesedaran Huruf Dan Perkataan Membantu Literasi

Huruf dan perkataan diperkenalkan kepada kanak-kanak menerusi aktiviti harian. Kaitkan perkataan yang biasa dalam kehidupan kanak-kanak. Contohnya huruf "B" dan "S" untuk "Bas Sekolah." Menghubungkaitkan huruf dengan nama rakan dan diri kanak-kanak itu sendiri juga adalah satu cara yang baik diamalkan. Contohnya "H" untuk "Hilwa" dan "M" untuk "Milhan." Berikan huruf plastik atau huruf yang anda buat daripada kertas manila kad untuk digunakan oleh kanak-kanak. Biarkan mereka bermain dengan huruf sambil mengaitkan dengan perkara yang difahami. Bantu mereka untuk membina huruf kepada perkataan.

Tulis nama kanak-kanak di tempat-tempat yang sesuai seperti beg atau kotak bekalan makanan. Sediakan alat tulisan apabila mereka bermain seperti main hospital atau kedai. Aktiviti seperti ini dapat membantu mereka minat menulis dan mengeja sesuatu perkataan.

2 comments: