Membaca tidak berlaku secara automatik kepada setiap kanak-kanak. Ibu bapa sering memikirkan langkah yang sepatutnya untuk memupuk literasi kanak-kanak. Salah satu cara yang mudah adalah bercakap dengan anak. Sebenarnya kita tidak menyedari menerusi perbualan dengan anak-anak dengan menggunakan bahasa yang betul dapat membantu minat membaca.
Kanak-kanak cepat menangkap bunyi dan ritma bahasa. Oleh itu orang dewasa hendaklah sentiasa bergurau senda untuk membantu mereka menangkap asas perbualan. Berikan pandangan pada kedua-dua aktiviti iaitu anda dan anak anda. Buat susulan apa yang anak anda sebut. Menggunakan bahasa berirama atau puisi dan mengulangi puisi yang digemari kanak-kanak.
Saya sgt bersetuju, perbualan membantu literasi kanak2. Anak2 saya 3 thn sudah peta bercakap, tidak pelat. Mgkin kerana sejak dlm kandungan, apabila sy sudah tahu jantina mereka, sy terus memberikan mereka nama, dan berbual dgn mereka sama ada ketika sdg memandu, menyiapkan kerja, ataupun ketika hdk tidur. Semakin mereka membesar dlm kdgn, smkin besar respons mereka. Ada yg menyatakan, anak cikgu bhsa, mestilah pandai bercakap. Adik saya, guru Akaun, anaknya jg petah bercakap kerana adik saya spt saya, rajin berbual dgn anaknya. Sy sendiri terpegun apabila Izzudin yg penakut berkata, "Mak, Udin rasa tangga itu terlalu tinggilah.. lebih baik Udin mandi di bawah." Padahal itulah alasannya krna dia takut naik ke atas utk mandi sendirian.
ReplyDeleteDia yg suka menyanyi menghafal lagu Raya Anuar Zain bersama Ellina, dan setiap kali terlupa liriknya, dia bertanya.."Apa mak?" dan sy terpaksa menyalin senikata lagu itu utk membantunya. Dia byk belajar drpd lagu2 yg diminatinya, dan bertanya maksud tiap perkataan yg dia tdk jelas maksudnya.
Aisya yg 3 thn juga begitu, sdh pandai bcerita spt org dewasa. Kdg2 dia mengadu, "Mak, Mama panggil Ecah 'mak nenek' pasal Ecah bercakap je" Apabila saya kata, "Memanglah, mcm mak nenek," dia menjawab, "Mak pun samalah mcm mak nenek, bercakap je siang mlm, sebab tu Ecah pun jadi mak nenek..." Tp dia sgt sensitif, apabila saya diam je, dia akan tanya " Kenapa mak sedih? Mak sedih sebab anak mak nakal ye?". Penggunaan bahasanya sgt jelas dn teratur. Semua itu hasil perbualan yg berterusan dgn anak2, bukan main angguk atau "Hmm.." saja....
Terima kasih terhadap perkongsian pengalaman anda untuk pembaca blog ini.
ReplyDelete