Apakah yang menjadi cabaran dalam aspek pengasuhan kanak-kanak? Ramai pengasuh (profesional kanak-kanak) dan guru akan berkata,"disiplin." Sebenarnya, perkataan disiplin tidak sesuai digunakan untuk mendidik dan mengasuh anak. Disiplin lebih kepada perlu mematuhi peraturan atau sesuatu arahan yang ditetapkan. Istilah bimbingan lebih tepat untuk dirujuk sebagai mengasuh dan mendidik kanak-kanak. Sebagai pengasuh dan guru sebenarnya kita memandu dan membimbing tingkahlaku kanak-kanak. Kita mendidik dan mengajar kanak-kanak tingkahlaku yang boleh diterima dan memandu kanak-kanak untuk membina kawalan diri. Matlamatnya supaya kanak-kanak belajar membuat keputusan yang baik tentang cara untuk berhadapan dengan sesuatu situasi.
Mungkin pembaca mempunyai istilah lain yang sesuai untuk dikongsikan bersama dengan saya dan pembaca.
Prof, saya cuba mengingatkan kakitangan bahawa di taska, suara pengasuh harus lebih rendah nadanya dari kanak-kanak, kecuali atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan pada masa2 yang tertentu sahaja. Kami manusia biasa, ya Prof. Mungkin inilah hikmahnya mengapa kanak-kanak 5 tahun ke-atas perlu diasingkan tempat pengasuhannya dan diberi had hingga 9 orang disesebuah taska(tertakluk kepada syarat dan peraturan)dan setiap 3.5mp pengiraan keluasan untuk seorang kanak-kanak. Semua ada hikmahnya..
ReplyDeleteSekadar pandangan peribadi dari saya. Terima kasih.
Terima kasih perkongsian pandangan.
ReplyDelete