Ada yang menggunakan nama sudut bacaan selain daripada perpustakaan. Tujuan perpustakaan di taska adalah untuk menggalakkan kanak-kanak minat membaca dan tahu untuk mendapatkan maklumat dan sebagai aktiviti yang menyeronokan. Biasanya sudut perpustakaan diletakkan alat mendengar tentang buku sambil membaca buku.
Kedudukan sudut perpustakaan di kawasan senyap yang mendapat cukup cahaya. Jadikan sudut membaca yang dapat menarik perhatian dengan menyusun buku dengan menarik. Sediakan kerusi atau tempat duduk yang lembut. Ada juga sudut perpustakaan diletakkan meja untuk memudahkan aktiviti menulis.
Ajar kanak-kanak cara menjaga buku. Buku adalah untuk dibaca dan bukan berselerak di atas lantai. Tunjukkan cara membuka halaman buku dengan betul, cermat dan membantu guru untuk membaiki buku yang rosak atau terkoyak.
Berlatih membaca buku dengan terang dan jelas kepada kanak-kanak. Jika membaca kepada kumpulan yang besar, berhadapan dengan kanak-kanak dan pegang buku di sebelah bahagian muka. Pastikan kanak-kanak dapat melihat ilustrasi buku. Semasa memperkenalkan buku hendaklah diberitahu kepada kanak-kanak tajuk buku dan pengarangnya: "Kita akan membaca "Buaya" oleh Bustam Kamri. Berikan satu ayat secara ringkas kandungan buku:"Buku ini menceritakan tentang buaya."
Salam w.b.t.
ReplyDeleteDr. Bustam,
1)Apakah tips-tips untuk membimbing kanak-kanak menjaga buku dengan baik?
2)Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan kanak-kanak daripada habit suka mengoyak buku di tadika? Habit ini mungkin sudah biasa dilakukan di rumah dan seterusnya terbawa-bawa ke tadika. Bolehkah menjauhkan buku itu daripada kanak-kanak tersebut untuk sementara waktu?
Terima kasih atas masa yang diluangkan untuk blog ini. :)
Bermula hari pertama kanak-kanak masuk ke tadika diperkenalkan peraturan yang mudah. Peraturan untuk disampai menerusi model diterangkan dengan mudah dan jelas. Tunjukkan cara mengambil buku dengan betul dan menyimpan semula di rak buku. Tunjukcara membuka setiap halaman buku. Pastikan di peringkat awal ke tempat buku perlu ada orang dewasa. Setiap perlakuan yang dijangkakan akan berlaku buku terkoyak anda cepat-cepat menegur dengan menunjukcara yang betul. Sekiranya terkoyak bantu dan tunjukcara untuk melekatkan dengan tape di halaman yang terkoyak di depan kanak-kanak.
ReplyDeleteDigalakkan di peringkat awal beli buku yang tebal halamannya atau jenis yang lasak. Buku ini terdapat di pasaran.