Pendidik kanak-kanak tahu bahawa menawarkan membuat pilihan kepada kanak-kanak akan membina sikap berdikari. Konflik akan timbul jika orang dewasa (pengasuh, guru atau ibu bapa) tidak merestui (menolaknya) atau tidak menerima pilihan yang dibuat oleh kanak-kanak. Pada umumnya, cara yang terbaik adalah membuat dua pilihan. Jika tidak ada pilihan langsung, anda perlu menyatakannya secara mudah dan konkrit (sejelas-jelasnya).
Berikut di antara contoh pilihan untuk mengelakkan konflik dan membina sikap berdikari kanak-kanak:
Peristiwa:
Masa makan.
Mendatangkan konflik:
Apa yang kamu hendak minum? (Terlalu banyak pilihan, kebanyakanya kemungkinan tidak dapat diterima).
Membina sikap berdikari:
Adakah kamu mahu minum susu atau air kosong bersama roti? (Salah satu pilihan yang boleh diterima).
Peristiwa:
Bermain air di luar.
Mendatangkan konflik:
Bermain di bekas air boleh basah baju kamu. Adakah kamu mahu pakai apron plastik? (Kanak-kanak akan berkata "Tidak").
Membina sikap berdikari:
Mari bermain air dan pakai apron plastik (Tiada pilihan).
Peristiwa:
Seorang kanak-kanak merayau-rayau tidak menentu di dalam kelas.
Mendatangkan konflik:
Apa yang kamu hendak buat? (Kanak-kanak akan berkata, "Balik rumah," atau " Pergi bermain di luar.").
Membina sikap berdikari:
Kamu kelihatan mahu membuat sesuatu. Mahukah kamu melukis di easel atau memberi makan ikan di akuarium? (Salah satu pilihan diterima).
Mungkin pembaca pernah menghadapi situasi yang mendatangkan konflik bersama kanak-kanak. Pandangan atau pengalaman anda amat dialu-alukan untuk dikongsikan bersama pembaca.
No comments:
Post a Comment