Monday, September 27, 2010

Memberi Contoh Untuk Diteladani

Kanak-kanak belajar menerusi pemerhatiannya terhadap anda. Mereka memerhati anda berinteraksi dengan kanak-kanak dan orang dewasa lain. Segala tigkahlaku anda itu akan diteladani perlakuannya berdasarkan tingkahlaku anda. Contohnya, sekiranya anda berterusan bercakap bahasa yang kasar dengan nada suara yang lantang kepada kanak-kanak, bermakna anda mengajar kanak-kanak bahawa "beginilah cara untuk melayani orang lain". Jika anda memberitahu majikan anda telah kehabisan gam kemudian mendapatkannya di dalam almari tempat yang tersembunyi, anda akan mendapat kesukaran untuk menyakinkan kanak-kanak bahawa bercakap bohong adalah tidak baik.

Oleh yang demikian, tunjukkan perihatin kepada orang lain, berusaha untuk menyelesaikan konflok dan menghormati hak orang lain sama ada pada orang dewasa dan kanak-kanak. Cara begini anda menjadi model tingkahlaku kepada kanak-kanak yang ingin dipelajarinya untuk sosial dan emosi.

Peristiwa:
Masa makan.
Model negatif:
Anda memerhati kanak-kanak makanan mereka sementara itu anda makan biskut dan air berkabonat.
Model positif:
Anda duduk bersama kanak-kanak dan menunjukkan model makanan berkhasiat dan amalan sosial semasa makan.

Peristiwa:
Di taman permainan.
Model negatif:
Anda menjerit dihujung taman memberitahu Ramlah yang ibu bapanya sudah datang menjemput untuk membawa pulang.
Model posititf:
Anda melambai ibu bapa Ramlah, berjalan ke arah kanak-kanak untuk memberitahu Ramlah sudah sampai waktu untuk pulang dan membantu Ramlah untuk mengucapkan 'selamat tinggal' kepada kawan-kawannya.

Peristiwa:
Di sudut seni lukis.
Model negatif:
Abdullah terenjis (terpercik) warna di atas lantai dan di dinding. Anda memberitahu Abdullah perkara itu tidak menjadi masalah sebab pencuci dibayar untuk membersihkannya.
Model positif:
Anda menyuruh Abdullah mengambil span dan membantunya mengelap dinding dan lantai. Apabila selesai anda mengucapkan tahniah kepada Abdullah kerana membantu menjadikan kelas tempat yang menarik untuk berkerja dan bermain.

2 comments:

  1. Salam Prof. Saya ingin berkongsi pengalaman. Tahun lepas, Izzudin 4 thn. Sy baru saja mengecat dinding ruang tamu dgn warna hijau. Tiba2 ketika sdg menonton televisyen, saya terpandang lakaran abstrak dgn pensel warna di atas dinding itu. Saya bertanya "Siapa buat?" Dia jujur mengaku kesalahannya. Tanpa byk ckp saya ke dapur, mengambil kain lap yg sdh dibshkan dgn pencuci dn memberikannya kpd Izzudin. Dia bertanya,"Kena lap ke mak?" Saya menjawab. "Tidak, tgk saja sampai dinding tu jadi bersih semula." Dia faham. Terus menyapu dinding itu dgn bersungguh2 utk mghilangkan kekotoran. Sy terus menonton tv. Kotoran hilang 50 peratus shj sesuai dgn kudrat anak seusianya. "Mak, kenapa susah sgt nak hilang? Udin dah penat," katanya. "Mcm tulah susahnya mak mengecat dinding tu. Penatkan? Lepas ni nak conteng lg?" Dia menggeleng. Selepas itu, dia tidak menconteng dinding lg... tp menconteng buku dan kertas lukisannya.

    ReplyDelete
  2. Tahniah.Menarik sekali pengalaman anda untuk dikongsikan bersama. Semoga pembaca dapat memanfaatkannya.

    ReplyDelete