Sunday, September 26, 2010

Menggunakan Logikal Untuk Hasil Yang Berkesan

Bertindak balas kepada tingkahlaku yang tidak bersesuaian dengan hasil yang berkesan. Sebaik-baiknya hasil semulajadi terhadap sesuatu tingkahlaku. Hasil semula jadi bagi orang dewasa sebagai contoh, sakit perut apabila terlalu banyak makan sambal yang terlalu pedas. Manakala contoh bagai kanak-kanak pula, anggota basah dan merasa kesejukan apabila keluar waktu hujan tidak menggunakan payung.

Pembelajaran seperti ini berlaku sepanjang masa. Dalam keadaan tertentu kita boleh menyediakan logik untuk mendapatkan hasil yang berkesan sekiranya berlaku bukan secara semulajadi. Sebagai contoh kanak-kanak berusia 3 tahun menumpahkan susu. Salah satu hasil yang menggunakan logik ialah menyuruh kanak-kanak membantu mengelap atau membersihkannya. Hasilnya bukan dendaan dan peristiwa itu berkaitan dengan tingkahlaku asalnya. Sebaliknya tidak logik jika berlaku di sudut seni apabila kanak-kanak menumpahkan susu kerana dua perkara yang tidak berkaitan antara satu sama lain.

Menghasilkan sesuatu perkara yang berkesan mestilah yang munasabah. Jika tingkahlaku kanak-kanak bersikap membahayakan seperti mengutip kaca gelas yang pecah atau berlari di jalanraya, mesti diberhentikan segera. Elakkan sesuatu yang melampau (extreme). Jika kanak-kanak menendang bola ke dinding jangan berkata," Kamu tidak boleh bermain lagi." Tunjukkan kepada kanak-kanak anda memberi kepercayaan kepadanya untuk berubah dan belajar. " Ini bola dan mari kita belajar menangkap bola dahulu. Kamu boleh belajar menendang bola petang nanti."

Bagi menghasilkan logikal yang berkesan, anda mesti bertindakbalas dengan segera. Pastikan perkara itu jelas bahawa bukan kanak-kanak tetapi tingkahlaku kanak-kanak itulah yang sebenarnya.

Peristiwa:
Faruk berlari di taman permainan terlanggar Farah.
Dendaan yang tidak logik:
Menyuruh Faruk duduk di tempat kotak main pasir sepanjang masa aktiviti main luar. (tidak mempunyai perkaitan).
Hasil yang logikal:
Menyuruh Faruk membantu Farah bangun dan bersama dengan Farah membersihkan tangan dan kaki.

Peristiwa:
Kanak-kanak tatih bernama Aziat melakar di dinding dengan krayon.
Dendaan yang tidak logik:
Menyimpan krayon dari kelas selama enam minggu.
Hasil yang logik:
Membantu Aziat mengelap dinding dengan kain bersabun.

Peristiwa:
Hapidah menggunakan buku tidak betul dan mengoyak beberapa halaman buku.
Dendaan yang tidak logik:
Mengambil buku daripada Hapidah dan memberitahunya telah merosakkan buku itu. (Tidak mempunyai perkaitan).
Hasil yang logik:
Tunjukkan Hapidah cara menggunakan tape untuk membaiki buku.

Mungkin anda mempunyai pandangan, pendapat dan pengalaman untuk dikongsikan bersama saya dan pembaca di blog ini. Semua perkongsian pandangan, pendapat dan pengalaman amat dihargai dan dialu-alukan.

2 comments:

  1. salam. saya amat teruja utk menjadi pengikut Prof. Mmg lumrah kita org sentiasa menunding jari ke arah org lain. Dalam hal begini setiap individu khasnya yang terlibat dgn kanak-kanak mesti melihat sesuatu kejadian di kalangan kanak-kanak sebagai proses pembelajaran dan mencari aspek positif untuk pembangunan menyeluruh mereka. Mendenda kanak-kanak dengan menafikan peluang penerokaan dalam kehidupan membantut perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Kaedah NLP mungkin dapat diaplikasikan dalam proses pendidikan awal kanak.kanak.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi membaca coretan ringkas dan berkongsi pandangan dan pendapat. Sumbangan anda amat berharga pada saya dan diharapkan anda terus berkongsi pendapat dan pengalaman untuk faedah bersama. Terima kasih.

    ReplyDelete