Ramai mengakui bahawa kanak-kanak belajar bahasa menerusi mendengar dan diikuti membaca dan menulis. Pembelajaran bahasa dibantu dengan kemahiran bahasa sebagai asas berbahasa seperti mendengar, bertutur dan menulis. Membacakan buku kepada bayi, tatih dan kanak-kanak taska adalah dikenali sebagai langkah awal kepada kejayaan literasi kerana aktiviti tersebut sebagai menggalakkan dan membantu pembelajaran kepada membaca dan menulis.
Pembelajaran matematik boleh dilakukan sama sebagaimana mengajar bahasa kepada kanak-kanak. Kanak-kanak mula membina konsep asas matematik semasa bulan pertama dilahirkan. Sebelum kanak-kanak boleh mencampur (+) atau membilang, mereka perlu membina idea tentang matematik. Idea matematik tidak boleh diajar secara terus (directly taught). Idea yang dimaksudkan adalah sesuatu yang boleh membantu kepada matematik formal dalam kehidupan kanak-kanak iaitu urutan, seriasi dan klasifikasi.
Bersambung...
Thursday, September 30, 2010
Wednesday, September 29, 2010
Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul
Adakah peristiwa bayi mati tercekik susu di taska akan berterusan lagi? Siapakah yang patut dipersalahkan dalam soal ini? Kita jangan menuding jari apabila telah berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Masing-masing mempunyai alasannya sendiri untuk menegakkan kebenaran. Pernahkah kita selalu meletakkan diri kita ditempat mereka yang menjadi mangsa kematian anak? Walau apa pun biarlah kita memulakan episod harapan ibu bapa meletakkan anak untuk mendapatkan khidmat penjagaan dan pengasuhan. Bermula dari situ maka isu tanggungjawab semua pihak untuk menjaga kepentingan nyawa yang tidak berdosa. Oleh sebab itu diadakan peraturan dan akta. Kesemuanya demi kebaikan untuk semua pihak. Semua pihak yang berkenaan terimalah dengan terbuka jika perlu penambahbaikan dari masa ke semasa. Kesedaran sebegini amat perlu kerana 'berat mata memandang berat lagi bahu memikul.'
Ini adalah pandangan dan saya amat menghargai jika terdapat pandangan dan pendapat ataupun pengalaman yang ingin dikongsikan bersama di blog ini.

Tuesday, September 28, 2010
Keselamatan Kanak-Kanak Di Taska
Ibu bapa yang menghantar anak-anak di taska mengharapkan penjagaan anak yang sempurna. Sebelum sesuatu perkara berlaku langkah berjaga-jaga dan berhati-hati perlu diberi perhatian. Apakah kelemahan di pihak pengusaha perkhidmatan taska perlu diberi perhatian. Kelemahan ini perlu diberi perhatian untuk penambahbaikan. Contohnya soal pendaftaran taska, kelayakan pengasuh sama ada sudah mendapat latihan kursus atau tidak, pendedahan kepada pertolongan cemas khusus untuk kanak-kanak dan sebagainya. Di pihak berkuasa pula mempertimbangkan dan memberi perhatian hal berkaitan dengan pemantauan dan penguatkuasaan, perundangan yang perlu diperketatkan, pertimbangan kelulusan permohonan pendaftaran daripada pihak majlis tempatan atau jabatan yang berkaitan. Di pihak ibu bapa perlu lebih peka dengan perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan, pendaftaran dan kewibawaan pengasuh yang memberi khidmat jagaan bayi dan tatih sekiranya anak-anak masih kecil.
Ini adalah sebahagian pandangan langkah-langkah keselamatan dan penambahbaikan yang perlu sama-sama kita fikirkan. Diharap pembaca dapat memberi pandangan, pendapat dan pengalaman untuk penambahbaikan atau renungan yang perlu diambil iktibar supaya tidak lagi perkara yang tidak diingini berlaku.

Monday, September 27, 2010
Memberi Contoh Untuk Diteladani
Kanak-kanak belajar menerusi pemerhatiannya terhadap anda. Mereka memerhati anda berinteraksi dengan kanak-kanak dan orang dewasa lain. Segala tigkahlaku anda itu akan diteladani perlakuannya berdasarkan tingkahlaku anda. Contohnya, sekiranya anda berterusan bercakap bahasa yang kasar dengan nada suara yang lantang kepada kanak-kanak, bermakna anda mengajar kanak-kanak bahawa "beginilah cara untuk melayani orang lain". Jika anda memberitahu majikan anda telah kehabisan gam kemudian mendapatkannya di dalam almari tempat yang tersembunyi, anda akan mendapat kesukaran untuk menyakinkan kanak-kanak bahawa bercakap bohong adalah tidak baik.
Oleh yang demikian, tunjukkan perihatin kepada orang lain, berusaha untuk menyelesaikan konflok dan menghormati hak orang lain sama ada pada orang dewasa dan kanak-kanak. Cara begini anda menjadi model tingkahlaku kepada kanak-kanak yang ingin dipelajarinya untuk sosial dan emosi.
Peristiwa:
Masa makan.
Model negatif:
Anda memerhati kanak-kanak makanan mereka sementara itu anda makan biskut dan air berkabonat.
Model positif:
Anda duduk bersama kanak-kanak dan menunjukkan model makanan berkhasiat dan amalan sosial semasa makan.
Peristiwa:
Di taman permainan.
Model negatif:
Anda menjerit dihujung taman memberitahu Ramlah yang ibu bapanya sudah datang menjemput untuk membawa pulang.
Model posititf:
Anda melambai ibu bapa Ramlah, berjalan ke arah kanak-kanak untuk memberitahu Ramlah sudah sampai waktu untuk pulang dan membantu Ramlah untuk mengucapkan 'selamat tinggal' kepada kawan-kawannya.
Peristiwa:
Di sudut seni lukis.
Model negatif:
Abdullah terenjis (terpercik) warna di atas lantai dan di dinding. Anda memberitahu Abdullah perkara itu tidak menjadi masalah sebab pencuci dibayar untuk membersihkannya.
Model positif:
Anda menyuruh Abdullah mengambil span dan membantunya mengelap dinding dan lantai. Apabila selesai anda mengucapkan tahniah kepada Abdullah kerana membantu menjadikan kelas tempat yang menarik untuk berkerja dan bermain.

Sunday, September 26, 2010
Menggunakan Logikal Untuk Hasil Yang Berkesan
Bertindak balas kepada tingkahlaku yang tidak bersesuaian dengan hasil yang berkesan. Sebaik-baiknya hasil semulajadi terhadap sesuatu tingkahlaku. Hasil semula jadi bagi orang dewasa sebagai contoh, sakit perut apabila terlalu banyak makan sambal yang terlalu pedas. Manakala contoh bagai kanak-kanak pula, anggota basah dan merasa kesejukan apabila keluar waktu hujan tidak menggunakan payung.
Pembelajaran seperti ini berlaku sepanjang masa. Dalam keadaan tertentu kita boleh menyediakan logik untuk mendapatkan hasil yang berkesan sekiranya berlaku bukan secara semulajadi. Sebagai contoh kanak-kanak berusia 3 tahun menumpahkan susu. Salah satu hasil yang menggunakan logik ialah menyuruh kanak-kanak membantu mengelap atau membersihkannya. Hasilnya bukan dendaan dan peristiwa itu berkaitan dengan tingkahlaku asalnya. Sebaliknya tidak logik jika berlaku di sudut seni apabila kanak-kanak menumpahkan susu kerana dua perkara yang tidak berkaitan antara satu sama lain.
Menghasilkan sesuatu perkara yang berkesan mestilah yang munasabah. Jika tingkahlaku kanak-kanak bersikap membahayakan seperti mengutip kaca gelas yang pecah atau berlari di jalanraya, mesti diberhentikan segera. Elakkan sesuatu yang melampau (extreme). Jika kanak-kanak menendang bola ke dinding jangan berkata," Kamu tidak boleh bermain lagi." Tunjukkan kepada kanak-kanak anda memberi kepercayaan kepadanya untuk berubah dan belajar. " Ini bola dan mari kita belajar menangkap bola dahulu. Kamu boleh belajar menendang bola petang nanti."
Bagi menghasilkan logikal yang berkesan, anda mesti bertindakbalas dengan segera. Pastikan perkara itu jelas bahawa bukan kanak-kanak tetapi tingkahlaku kanak-kanak itulah yang sebenarnya.
Peristiwa:
Faruk berlari di taman permainan terlanggar Farah.
Dendaan yang tidak logik:
Menyuruh Faruk duduk di tempat kotak main pasir sepanjang masa aktiviti main luar. (tidak mempunyai perkaitan).
Hasil yang logikal:
Menyuruh Faruk membantu Farah bangun dan bersama dengan Farah membersihkan tangan dan kaki.
Peristiwa:
Kanak-kanak tatih bernama Aziat melakar di dinding dengan krayon.
Dendaan yang tidak logik:
Menyimpan krayon dari kelas selama enam minggu.
Hasil yang logik:
Membantu Aziat mengelap dinding dengan kain bersabun.
Peristiwa:
Hapidah menggunakan buku tidak betul dan mengoyak beberapa halaman buku.
Dendaan yang tidak logik:
Mengambil buku daripada Hapidah dan memberitahunya telah merosakkan buku itu. (Tidak mempunyai perkaitan).
Hasil yang logik:
Tunjukkan Hapidah cara menggunakan tape untuk membaiki buku.
Mungkin anda mempunyai pandangan, pendapat dan pengalaman untuk dikongsikan bersama saya dan pembaca di blog ini. Semua perkongsian pandangan, pendapat dan pengalaman amat dihargai dan dialu-alukan.

Saturday, September 25, 2010
Meletakkan Batasan Dan Keselamatan Kepada Kanak-Kanak
Setiap orang perlu mempunyai batasan atau had yang jelas dinyatakan. Sebagai contoh kita di jalanraya ada tanda had kelajuan, tanda harga dan garis panduan untuk menjalankan aktiviti. Kanak-kanak perlu tahu had dan lingkungan had yang ditentukan, keperluan kebebasan untuk mengamalkan membuat keputusan yang bersesuaian. Kanak-kanak juga memerlukan bantuan daripada orang dewasa membuat garis panduan antara tidak cukup dan berlebihan kebebasan membuat keputusan.
Kanak-kanak juga mesti mengetahui batasan tingkahlaku yang akan dipatuhi secara berterusan. Apa yang BOLEH hari ini dan BOLEH pada hari esok. Cuba anda perhatikan tingkahlaku anda sendiri berhubung dengan penyampaian yang bercampur aduk. Contohnya aktiviti bermain air di dalam kelas menggunakan bekas air pada hari semalam dan anda merasa kecewa pada hari ini apabila kanak-kanak bermain air yang berlumpur semasa aktiviti di luar bangunan.
Berikan had tingkahlaku yang mengambarkan keselamatan kanak-kanak, keselamatan orang lain dan menjaga peralatan (harta benda) milik komuniti. Peraturan sedikit, dilaksanakan dan bersesuaian dengan kanak-kanak untuk bebas dan bertanggungjawab membina tingkahlaku yang baik mengikut pilihannya. Berterusan menilai had dan peraturan. Bertanya:
"Adakah peraturan masih diperlukan atau adakah kanak-kanak telah menghayatinya?"
"Adakah peraturan itu hanya memberi kepentingan diri saya sendiri? "
"Adakah peraturan menyekat kanak-kanak bereksperiment atau membuat kanak-kanak tidak mencuba sesuatu yang baru?"
"Adakah peraturan boleh dikuatkuasakan?"
Pastikan anda memahami sebab musabab peraturan itu dan kanak-kanak pasti bertanyakannya.
Contoh:
Di taman permainan anda mengawasi kanak-kanak berusia 5 tahun memanjat pokok.
Mengundang konflik:
Jangan memanjat lebih tinggi daripada dahan itu.
Menawarkan keselamatan dan memberi keyakinan:
Saya tahu kamu mahu memanjat lebih tinggi lagi. Saya tunggu di sini jika kamu rasa ada masalah.
Contoh:
Di dalam kelas anda mengunakan jam untuk menentukan had masa kanak-kanak untuk beredar daripada tempat aktiviti yang menjadi kegemarannya.
Mengundang konflik:
Sebab ini arahan saya.

Apabila kita ada peraturan, semua kanak-kanak ada peluang untuk bermain kereta api. Adakah kamu suka membaca buku kereta api sementara menunggu giliran?
Contoh:
Semasa masa lelap (naptime) di taska anda membantu kanak-kanak baring di atas tilam.
Mengundang konflik:
Semua tidur. Tutup mata kamu sekarang dan berhenti bergerak-gerak.

Kadang-kadang susah hendak tidur. Adakah kamu suka memilih buku untuk dilihat semasa berehat?
Mungkin anda mempunyai pengalaman dan pandangan untuk dikongsikan bersama pembaca di blog ini. Perkongsian pandangan dan pengalaman anda amat dialu-alukan dan dihargai untuk dikongsikan bersama saya dan pembaca blog ini. Terima kasih.

Friday, September 24, 2010
Menggunakan Kesilapan Sebagai Alat Pengajaran
Anggaplah kesalahan, kesilapan dan kemalangan yang tidak diduga sebagai langkah untuk belajar. Setiap orang hendaklah menjadikannya untuk mencuba sesuatu perkara yang baru. Berkongsi kesilapan anda. Contohnya,"Oh saya sudah mencampurkan air terlalu banyak pada botol warna. Lain kali saya sukat dahulu betul-betul." Melakukan cara yang demikian, anda membantu kanak-kanak mengetahui bahawa orang dewasa juga melakukan kesilapan dan terus boleh belajar. Bina persekitaran pembelajaran yang tidak mendorong kepada kegagalan dan menggalakkan kejayaan.
Keadaan:
Selepas aktiviti bermain air di dalam kelas, keadaan lantai basah dan baju kanak-kanak juga basah.
Menggalakkan kegagalan:
Anda kecoh tentang keadaan yang basah dan kecuaian kanak-kanak tanpa menawarkan penyelesaiannya.
Mendorong kejayaan:
Anda menjangka keadaan basah dengan meletakkan alas di atas lantai bahagian bawah meja main air dengan kertas suratkhabar, menyediakan tuala berdekatan, mop lantai dan pakaian luar seperti apron plastik untuk menggelakkan baju basah.
Keadaan:
Seorang kanak-kanak menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan permainan puzzle.
Menggalakkan kegagalan:
Menyuruh kanak-kanak duduk di suatu tempat,"Siapkan apa yang kamu buat dari mula hingga habis."
Mendorong kejayaan:
Memberi ruang dan keperluan untuk kanak-kanak menyiapkan aktivitinya menyelesaikan puzzle di atas lantai.
Keadaan:
Lantai dibilik tatih dipenuhi dengan alat permainan menyebabkan kanak-kanak tatih tidak mahu berlatih jalan.
Menggalakkan kegagalan:
Biarkan keadaan bersepah dan tidak tersusun sehingga masa lelap atau tidur "keadaan akan bersepah lagi" dan kanak-kanak tatih boleh merangkak mengikut apa yang mereka suka.
Mendorong kejayaan:
Susun perabot dan peralatan supaya sentiasa ada laluan yang tiada gangguan untuk kanak-kanak yang baru belajar berjalan.
Anda mungkin ingin berkongsi pandangan, pendapat dan pengalaman. Pihak saya amat mengalu-alukan dan menghargai sumbangan pandangan, pendapat dan pengalaman untuk dikongsikan bersama saya dan pembaca blog ini. Terima kasih.

Thursday, September 23, 2010
Bekerjasama Dengan Kanak-Kanak Bukan Menghalang Mereka
Pastikan harapan yang anda inginkan dapat dilakukan oleh kanak-kanak bersesuaian dengan tahap umur dan perkembangan kanak-kanak. Apabila seorang kanak-kanak tatih mengetuk bongkah atau sesuatu benda sehingga mengeluarkan bunyi bising, anda bertanya pada diri sendiri: "Adakah ini masalah tingkahlaku atau tingkahlaku yang biasa (normal)?" Kanak-kanak ini mungkin untuk memuaskan rasa ingin tahu.
Anda perlu ingat bahawa bayi dan tatih belajar melalui deria - dari sesuatu yang didengar, rasa, sentuh, hidu dan lihat. Kanak-kanak taska (preschooler) rasa ingin tahu dipenuhi menerusi melakukan aktiviti sebenar (hands-on activities) dan menggunakan imaginasi untuk belajar dan penemuan (discovery). Anda boleh meminimakan atau mengurangkan konflik dengan membuat jangkaan awal terhadap tingkahlaku kanak-kanak. Sediakan persekitaran yang selamat dan kesediaan untuk melakukan penerokaan. Setiasa meletakkan harapan yang anda inginkan jelas dan munasabah. Sentiasa berkongsi harapan dengan kanak-kanak.
Kumpulan umur:
Bayi dan tatih.
Jangkaan awal:
Bayi dan tatih meneroka menggunakan jari dan mulut.
Persediaan:
Menyediakan persekitaran bahan yang selamat untuk kanak-kanak dan mengelakkan sesuatu yang membahayakan. Bahan yang mudah pecah letak di tempat yang tidak boleh dicapai.
Kumpulan umur:
Kanak-kanak taska (preschooler).
Jangkaan awal:
Kanak-kanak taska ingin mengetahui sesuatu benda itu berfungsi.
Persediaan:
sediakan bahan konkrit, aktiviti secara terus (hand-on) dengan objek yang dapat mendidik kanak-kanak tentang sesuatu perkara itu berfungsi. Contohnya kanta, kunci dan magnet.
Kumpulan umur:
Kanak-kanak tadika (kindergarten).
Jangkaan awal:
Kanak-kanak tadika boleh berfikir sesuatu yang abstrak dan belajar tentang simbol.
Persediaan
Rancang sesuatu yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk permainan olok-olok (main peranan) dan permainan menggunakan perkataan.
Sekiranya anda mempunyai pandangan, pendapat dan pengalaman untuk dikongsikan bersama pembaca adalah amat dialu-alukan. Pandangan, pendapat dan pengalaman anda yang dikongsikan bersama amat dihargai.

Wednesday, September 22, 2010
Menawarkan Pilihan Dan Bersedia Menerima Keputusan
Pendidik kanak-kanak tahu bahawa menawarkan membuat pilihan kepada kanak-kanak akan membina sikap berdikari. Konflik akan timbul jika orang dewasa (pengasuh, guru atau ibu bapa) tidak merestui (menolaknya) atau tidak menerima pilihan yang dibuat oleh kanak-kanak. Pada umumnya, cara yang terbaik adalah membuat dua pilihan. Jika tidak ada pilihan langsung, anda perlu menyatakannya secara mudah dan konkrit (sejelas-jelasnya).
Berikut di antara contoh pilihan untuk mengelakkan konflik dan membina sikap berdikari kanak-kanak:
Peristiwa:
Masa makan.
Mendatangkan konflik:
Apa yang kamu hendak minum? (Terlalu banyak pilihan, kebanyakanya kemungkinan tidak dapat diterima).
Membina sikap berdikari:
Adakah kamu mahu minum susu atau air kosong bersama roti? (Salah satu pilihan yang boleh diterima).
Peristiwa:
Bermain air di luar.
Mendatangkan konflik:
Bermain di bekas air boleh basah baju kamu. Adakah kamu mahu pakai apron plastik? (Kanak-kanak akan berkata "Tidak").
Membina sikap berdikari:
Mari bermain air dan pakai apron plastik (Tiada pilihan).
Peristiwa:
Seorang kanak-kanak merayau-rayau tidak menentu di dalam kelas.
Mendatangkan konflik:
Apa yang kamu hendak buat? (Kanak-kanak akan berkata, "Balik rumah," atau " Pergi bermain di luar.").
Membina sikap berdikari:
Kamu kelihatan mahu membuat sesuatu. Mahukah kamu melukis di easel atau memberi makan ikan di akuarium? (Salah satu pilihan diterima).
Mungkin pembaca pernah menghadapi situasi yang mendatangkan konflik bersama kanak-kanak. Pandangan atau pengalaman anda amat dialu-alukan untuk dikongsikan bersama pembaca.

Tuesday, September 21, 2010
Mengubah Persekitaran Menggalakkan Perubahan Tingkahlaku
Pengasuh (profesional kanak-kanak) yang perihatin sentiasa melihat sebab berlakunya tingkahlaku kanak-kanak. Adakah perebutan mainan disebabkan kekurangan alat mainan? Adakah kanak-kanak memanjat disebabkan peralatannya tidak boleh dicapai? Adakah kanak-kanak merengkek dan berkelakuan tidak menentu kerana waktu makan dan tidur terlalu lewat? Pertimbangkanlah perubahan persekitaran yang tidak membuatkan anda merasa marah dan mengurangkan rasa kecewa pada kanak-kanak.
Berikut adalah beberapa contoh perubahan persekitaran di taska yang dapat membantu mengubah tingkahlaku kanak-kanak:
Peristiwa:
Setiap hari kanak-kanak tatih menumpahkan susu yang hendak diminum.
Persekitaran lama:
Kanak-kanak menggunakan cawan plastik yang tinggi dan mengecil di bahagian tapak cawan.
Persekitaran baru:
Kanak-kanak menggunakan cawan yang berat dan bahagian tapak yang lebar.
Peristiwa:
Dua orang kanak-kanak berebut dan bertengkar mendapatkan bongkah.
Persekitaran lama:
Terdapat hanya 10 buah bongkah bentuk dan jenis yang sama.
Persekitaran baru:
Menyediakan 40 bongkah daripada berbagai jenis dan bentuk.
Peristiwa:
Seorang kanak-kanak tidak dapat mencari kasutnya.
Persekitaran lama:
Terdapat hanya satu unit tempat ruang kasut bercampur-aduk menempatkan semua barangn kanak-kanak.
Persekitaran baru:
Setiap kanak-kanak mempunyai nama yang dilabelkan untuk meletakan baranganya.
Mungkin anda mempunyai pandangan dan pengalaman yang boleh dikongsikan bersama pembaca. Pandangan dan pengalaman anda amat dialu-alukan dan dihargai.

Monday, September 20, 2010
Membina Keyakinan Diri Kanak-Kanak
Bantu kanak-kanak merasakan diri mereka berkebolehan, berguna dan mampu membuat sesuatu. Rasa kehormatan diri, bermaruah dan berkeyakinan membolehkan kanak-kanak mencuba sesuatu yang baru dan menghadapi pengalaman baru dengan rasa yakin. Cara menegur dengan mencemuh, mengejek, menyindir dan memperkecilkan kanak-kanak akan melenyapkan keyakinan diri. Bimbing kanak-kanak dengan cara yang membina, jelas dan menggunakan perkataan yang membantu.
Contoh perkataan dan ayat yang dapat membantu keyakinan diri kanak-kanak berdasarkan peristiwa:
Peristiwa
Kanak-kanak terlanggar warna atau tertumpah warna dari dalam bekas warna.
Komen yang menghancurkan
Bolehkah awak buat sesuatu dengan betul?
Komen yang membina
Memang susah hendak berjalan tanpa melanggar. Lain kali letak kertas di bawah bekas warna untuk mengatasi masalah warna tertumpah.
Peristiwa
Kanak-kanak basah pakaiannya
Komen yang menghancurkan
Kamu ini macam budak kecil. Kamu ini memalukan.
Komen yang membina
Kemalangan tidak dijangka. Ambil pakaian yang kamu bawa dan pergi ke bilik air untuk salin pakaian. Saya akan pastikan kamu mempunyai masa untuk menyiapkan mewarna apabila siap salin pakaian.
Peristiwa
Kanak-kanak membina menara menggunakan bongkah lalu runtuh.
Komen yang menghancurkan
Saya sudah beritahu kamu, ia tidak akan berjaya.
Komen yang membina
Membina menara yang tinggi sememangnya sukar. Cuba awak fikirkan, bagaimana cara membina menara yang kukuh?

Sunday, September 19, 2010
Tumpu Pada 'Boleh' Sebagai Ganti 'Jangan.'
Cuba dengar cara anda bercakap dengan kanak-kanak. Jika kedengaran perkataan jangan, berhenti, pergi sebelum arahan anda kepada kanak-kanak, cuba ubah perkataan untuk menyatakan kepada kanak-kanak perkara yang hendak dibuat atau dilakukan sebagai ganti perkara yang tidak boleh dibuat atau dilakukan. Memberitahu kanak-kanak perkara yang tidak boleh dibuat tidak memberi mereka sebarang maklumat pada cara perlakuan yang betul. Terjemahkan 'jangan' kepada 'boleh' untuk memberi bimbingan kepada kanak-kanak tentang perkara yang anda inginkan.
Berikut beberapa contoh mengubah jangan kepada boleh untuk membimbing tingkahlaku positif:
Jangan
Berhenti berlari dalam bilik.
Boleh
Tolong berjalan dalam bilik. Kamu boleh berlari apabila bermain di luar bangunan.
Jangan
Jangan memicit anak kucing.
Boleh
Belai dan usap perlahan dengan tapak tangan terbuka.
Jangan
Berhenti merengek.
Boleh
Beritahu saya tentang masalah kamu dengan perkataan.
Jangan
Jangan memanjat atas meja.
Boleh
Di bilik darjah, kaki kita sentiasa di atas lantai.
Pandangan dan pengalaman pembaca amat dialu-alukan untuk dikongsikan bersama.

Saturday, September 18, 2010
Disiplin Atau Bimbingan?
Apakah yang menjadi cabaran dalam aspek pengasuhan kanak-kanak? Ramai pengasuh (profesional kanak-kanak) dan guru akan berkata,"disiplin." Sebenarnya, perkataan disiplin tidak sesuai digunakan untuk mendidik dan mengasuh anak. Disiplin lebih kepada perlu mematuhi peraturan atau sesuatu arahan yang ditetapkan. Istilah bimbingan lebih tepat untuk dirujuk sebagai mengasuh dan mendidik kanak-kanak. Sebagai pengasuh dan guru sebenarnya kita memandu dan membimbing tingkahlaku kanak-kanak. Kita mendidik dan mengajar kanak-kanak tingkahlaku yang boleh diterima dan memandu kanak-kanak untuk membina kawalan diri. Matlamatnya supaya kanak-kanak belajar membuat keputusan yang baik tentang cara untuk berhadapan dengan sesuatu situasi.
Mungkin pembaca mempunyai istilah lain yang sesuai untuk dikongsikan bersama dengan saya dan pembaca.

Friday, September 17, 2010
Tunjukkan Penghargaan Anda Membantu Literasi Kanak-Kanak
Tiada apa yang dapat mendorong minat membaca yang baik selain daripada memberi peneguhan positif. Pamerkan penulisan kanak-kanak di tempat yang menonjol atau menjadi keutamaan kanak-kanak sentiasa melihatnya. Contoh di papan kenyataan atau di peti sejuk (jika di rumah). Jangan cepat mengganggu kanak-kanak setiap kali membuat kesilapan semasa membaca kuat. Keutamaan adalah intipati cerita tidak berubah. Selepas membaca, berbincang dengan kanak-kanak sesuatu yang telah dibacanya. Jika pulang dari taska dan tadika berbincang sesuatu yang telah dibaca dan ditulis.
Memupuk tabiat membaca dikalangan kanak-kanak memerlukan masa dan kesabaran. Penghargaan dan peneguhan positif daripada orang dewasa khususnya pengasuh, guru dan ibu bapa adalah penting. Minat membaca bukannya datang sekelip mata. Minat perlu dipupuk dari masa ke semasa hendaklah dimulakan semasa kanak-kanak masih kecil lagi.

Thursday, September 16, 2010
Memberi Galakkan Dan Dorongan Membantu Literasi Kanak-Kanak
Orang dewasa hendaklah bersabar dan sentiasa memberi galakkan dan dorongan ke arah literasi kanak-kanak. Jangan memberi tekanan atau memaksa kanak-kanak membaca. Jika anda memaksa kanak-kanak dengan menentukan bahan bacaan yang perlu dibaca akan mematikan minat membaca secara keseluruhannya. Membaca buku komik dan majalah sukan adalah lebih baik daripada tidak membaca langsung. Cuma pastikan bahan komik itu mengunakan bahasa yang sesuai dan kandungan yang positif sewaktu anda membelikannya.
Beri peluang kanak-kanak membuat pilihan semasa untuk membacakan cerita. Buku yang menjadi pilihannya akan menjadikan lebih seronok mendengar dan mengikuti cerita yang dibacakan. Sentiasa mendapatkan bantuan daripada perpustakawan atau mereka yang pakar untuk memilih buku yang menghiburkan dan mendidik.

Wednesday, September 15, 2010
Kelilingi Dengan Peralatan Menulis Membantu Literasi Kanak-Kanak
Kelilingi dengan kemudahan peralatan menulis dapat membantu kanak-kanak kepada literasi. Semua peralatan penulisan dari pelbagai jenis disediakan dan ditempatkan yang mudah diambil. Sediakan alat penulisan berbagai jenis seperti kertas, 'markers,' krayon, pensil dan pen.Tiada sekatan atau had apabila kanak-kanak ingin menggunakannya.
Kanak-kanak digalakkan menceritakan kepada anda. Selepas itu galakkan kanak-kanak menulis cerita. Kemudian bacakan untuk mereka. Mungkin tulisan kanak-kanak ada yang berbentuk simbol atau lakaran sahaja dan tidak difahami. Berdasarkan cerita yang anda dengar daripada kanak-kanak, tulis cerita itu di bahagian bawah kertas yang dilakar. Beri dorongan atau pujian kerana mereka telah menulis cerita.

Tuesday, September 14, 2010
Menghubungkan Kesedaran Huruf Dan Perkataan Membantu Literasi
Huruf dan perkataan diperkenalkan kepada kanak-kanak menerusi aktiviti harian. Kaitkan perkataan yang biasa dalam kehidupan kanak-kanak. Contohnya huruf "B" dan "S" untuk "Bas Sekolah." Menghubungkaitkan huruf dengan nama rakan dan diri kanak-kanak itu sendiri juga adalah satu cara yang baik diamalkan. Contohnya "H" untuk "Hilwa" dan "M" untuk "Milhan." Berikan huruf plastik atau huruf yang anda buat daripada kertas manila kad untuk digunakan oleh kanak-kanak. Biarkan mereka bermain dengan huruf sambil mengaitkan dengan perkara yang difahami. Bantu mereka untuk membina huruf kepada perkataan.
Tulis nama kanak-kanak di tempat-tempat yang sesuai seperti beg atau kotak bekalan makanan. Sediakan alat tulisan apabila mereka bermain seperti main hospital atau kedai. Aktiviti seperti ini dapat membantu mereka minat menulis dan mengeja sesuatu perkataan.

Monday, September 13, 2010
Membaca Cerita Berulangkali Membantu Literasi Kanak-Kanak
Kanak-kanak suka mendengar cerita yang dibacakan berulangkali. Sukar bagi kanak-kanak untuk memahami keseluruhan cerita yang didengar. Kanak-kanak mengambil masa yang lama untuk memahami keseluruhan cerita. Kanak-kanak sememangnya suka kepada cerita yang biasa didengar di mana mereka tahu apa yang akan berlaku seterusnya semasa mendengar cerita. Boleh dikatakan kanak-kanak tidak merasa bosan mendengar cerita yang sama. Rakam cerita kegemaran kanak-kanak yang anda baca supaya boleh didengar oleh kanak-kanak apabila memerlukannya.
Mungkin anda merasa bosan membacakan buku cerita yang sama kepada kanak-kanak biarpun kanak-kanak itu sendiri tidak merasa bosan. Masukkan unsur dramatik semasa membaca supaya tidak merasa bosan. Sebaik-baik kekalkan perkataan dan ayat dalam cerita tanpa mengubah struktur ayat atau perkataan. Matlamat membacakan cerita adalah untuk menggalakkan literasi kanak-kanak.

Thursday, September 9, 2010
SELAMAT HARI RAYA
Sempena Hari Raya pada Jumaat 10 September 2010 saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua pengikut dan pembaca laman blog ini. Mohon maaf zahir dan batin sekiranya terdapat kesilapan dan kesalahan sewaktu membaca penulisan saya. Sekali lagi ucapan jutaan terima kasih kerana pembaca sudi mendaftar sebagai pengikut blog untuk menyokong dan mendorong saya terus menulis. Pandangan dan pengalaman anda untuk dikongsikan bersama saya dan pembaca amat dialu-alukan. SELAMAT HARI RAYA.
Perlahan dan Menikmati Membaca Kuat Dapat Membantu Literasi Kanak-Kanak
Ada bebagai cara membaca bersama kanak-kanak. Salah satunya adalah membaca kuat tetapi bukan menjerit dengan suara yang lantang sehingga menakutkan kanak-kanak. Membaca kuat dengan suara jelas didengar oleh kanak-kanak. Kanak-kanak akan merasa bosan jika mendengar suara yang senada sahaja dan menghilangkan minat kanak-kanak untuk mendengarnya. Tidak salah jika ditambah dengan drama pada suara anda. Lontarkan suara dengan berbagai watak. Letakkan diri anda ke dalam cerita dan hayati cerita tersebut.
Anda boleh mengemukakan soalan tentang cerita yang dibaca dan ikuti berdasarkan kefahaman kanak-kanak. Hentian sejenak di sana sini semasa membaca untuk memudahkan kanak-kanak memahami dan mengambil perhatian di dalam cerita.

Wednesday, September 8, 2010
Permudahkan Persekitaran Dengan Buku Membantu Literasi Kanak-Kanak
Suasana persekitaran yang mudah mendapatkan buku akan menggalakkan kanak-kanak membaca buku. Kanak-kanak suka kepada cerita yang biasa kepadanya akan mendapatkan buku tersebut berulang kali. Cara anda meletakan buku dan kedudukan buku akan membantu kanak-kanak mendapatkan buku yang digemari. Oleh itu sediakan buku-buku yang menjadi kegemaran kanak-kanak dan mudah diperolehi apabila kanak-kanak ke tempat buku.
Anda boleh mendapatkan buku yang murah ketika jualan murah di kedai atau di pasaraya. Kadangkala ada jualan buku di perpustakaan. Pertimbangkan juga untuk membeli majalah untuk kanak-kanak. Sekurang-kurangnya dengan adanya majalah kanak-kanak dapat melihat sesuatu perkara di majalah pada setiap bulan. Pastikan kanak-kanak melihat anda membaca.

Tuesday, September 7, 2010
Pemilihan Buku Yang Betul Membantu Literasi Kanak-Kanak
Pemilihan buku yang sesuai dapat membantu menggalakkan literasi kanak-kanak. Jangan memaksa kanak-kanak mendengar buku yang dibacakan berdasarkan pilihan anda tanpa mengetahui minatnya. Pilih buku berdasarkan subjek yang diminati dan kanak-kanak akan meneruskan keseronokan membaca. Oleh itu libatkan kanak-kanak semasa membuat pilihan buku untuk dibacakan. Pilih buku yang berhubung dengan peristiwa semasa dalam kehidupan kanak-kanak seperti hari permulaan persekolahan atau tentang peristiwa dalam perjalanan semasa cuti persekolahan.
Kanak-kanak biasanya akan mengulangi membaca apabila mendengar buku yang dibacakan berkaitan dengan kehidupan seharian mereka dan peristiwa semasa. Oleh itu digalakkan menyediakan buku-buku yang mempunyai perkaitan dengan kehidupan kanak-kanak semasa membeli buku untuk perpustakaan anda.

Monday, September 6, 2010
Membaca Buku Bersama Membantu Literasi Kanak-Kanak
Membaca bersama setiap hari merupakan salah satu cara untuk memupuk minat membaca dikalangan kanak-kanak. Membaca bersama boleh memperkayakan pengetahuan dan perbendaharaan kata kanak-kanak. Selain daripada itu, orang dewasa boleh memperkenalkan atau mendidik kanak-kanak kepada mekanisma literasi seperti membuka halaman buku dan membaca dari kiri ke kanan.
Pilih masa membaca yang ditetapkan apabila cerita boleh dinikmati keseronokannya dalam keadaan santai (relaxed) dan tidak tergesa-gesa. Buku yang dibacakan adalah berdasarkan pilihan kanak-kanak. Pastikan membaca bukan tugas seorang ibu. Kanak-kanak lelaki yang menganggap membaca bersama wanita adalah hal 'budak perempuan' akan meninggalkannya atau tidak mengendahkannya. Oleh itu biasakan kanak-kanak yang membuat pilihan buku untuk dibacakan bersama kanak-kanak.

Sunday, September 5, 2010
Perbualan Membantu Literasi Kanak-Kanak
Membaca tidak berlaku secara automatik kepada setiap kanak-kanak. Ibu bapa sering memikirkan langkah yang sepatutnya untuk memupuk literasi kanak-kanak. Salah satu cara yang mudah adalah bercakap dengan anak. Sebenarnya kita tidak menyedari menerusi perbualan dengan anak-anak dengan menggunakan bahasa yang betul dapat membantu minat membaca.
Kanak-kanak cepat menangkap bunyi dan ritma bahasa. Oleh itu orang dewasa hendaklah sentiasa bergurau senda untuk membantu mereka menangkap asas perbualan. Berikan pandangan pada kedua-dua aktiviti iaitu anda dan anak anda. Buat susulan apa yang anak anda sebut. Menggunakan bahasa berirama atau puisi dan mengulangi puisi yang digemari kanak-kanak.

Saturday, September 4, 2010
Bagaimanakah Perpustakaan Di Taska Anda?
Ada yang menggunakan nama sudut bacaan selain daripada perpustakaan. Tujuan perpustakaan di taska adalah untuk menggalakkan kanak-kanak minat membaca dan tahu untuk mendapatkan maklumat dan sebagai aktiviti yang menyeronokan. Biasanya sudut perpustakaan diletakkan alat mendengar tentang buku sambil membaca buku.
Kedudukan sudut perpustakaan di kawasan senyap yang mendapat cukup cahaya. Jadikan sudut membaca yang dapat menarik perhatian dengan menyusun buku dengan menarik. Sediakan kerusi atau tempat duduk yang lembut. Ada juga sudut perpustakaan diletakkan meja untuk memudahkan aktiviti menulis.
Ajar kanak-kanak cara menjaga buku. Buku adalah untuk dibaca dan bukan berselerak di atas lantai. Tunjukkan cara membuka halaman buku dengan betul, cermat dan membantu guru untuk membaiki buku yang rosak atau terkoyak.
Berlatih membaca buku dengan terang dan jelas kepada kanak-kanak. Jika membaca kepada kumpulan yang besar, berhadapan dengan kanak-kanak dan pegang buku di sebelah bahagian muka. Pastikan kanak-kanak dapat melihat ilustrasi buku. Semasa memperkenalkan buku hendaklah diberitahu kepada kanak-kanak tajuk buku dan pengarangnya: "Kita akan membaca "Buaya" oleh Bustam Kamri. Berikan satu ayat secara ringkas kandungan buku:"Buku ini menceritakan tentang buaya."

Friday, September 3, 2010
Bagaimanakah Sudut Manipulatif Di Taska Anda?
Di sudut manipulatif kanak-kanak menemui konsep matematik dengan melakukan percubaan bentuk, saiz, klasifikasi, membilang, urutan dan aturan. Aktiviti matemetik tidak terhad pada sesuatu sudut ssahaja. Pengalaman matematik boleh berlaku di semua sudut dalam kelas sebagai contoh membahagikan tanah liat (clay), membezakan saiz arnab dan menyediakan makanan di meja. Walau bagaimana pun guru atau profesional kanak-kanak (pengasuh) selalunya menumpukan di sudut manipulatif. Di sudut manipulatif kanak-kanak boleh bergerak, mengasingkan, membahagikan, mencampurkan dan membanding beza objek - melihat hubungkait matematik.
Sudut manipulatif mudah meletakkan kedudukannya yang hanya memerlukan sebuah meja dan kerusi untuk kanak-kanak, dan di tempatkan berhampiran penyimpanan barang. Tujuan memudahkan kanak-kanak dan guru/pengasuh mengambil dan mengemas peralatan yang digunakan. Ada yang hanya menggunakan permaidani (carpet) untuk aktiviti manipulatif apabila menggunakan bahan dan peralatan yang mudah bergolek dan jatuh dari atas meja. Antara peralatan sudut manipulatif 'flannel board', papan membilang, sampoa (abacus), puzzles, penimbang dan sebagainya. Bahan dan peralatan yang difikirkan sesuai boleh dirancang untuk aktiviti manipulatif.

Thursday, September 2, 2010
Bagaimanakah Sudut Muzik Di Taska Anda?
Sudut muzik bertujuan untuk kanak-kanak menyelidik bunyi, ritma, pergerakan dan lagu. Berbagai pendapat tentang aprsiasi muzik untuk kanak-kanak. Ada pendapat mengatakan bermula dari kanak-kanak dan ada pula pendapat sebelum lahir. Walau apa pun bina minat secara semulajadi (natural) dengan aktiviti termasuk menyanyi, pergerakan dan bermain alat muzik. Kebiasaannya sudut muzik terdapat instrumen ritma, alat pemain CD atau kaset, drum, gong, loceng, kayu ritma dan lain-lain yang sesuai.
Sudut muzik agak bising dan aktif. Oleh itu kedudukan tempat sudut muzik di kawasan yang tidak mengganggu kanak-kanak lain di sudut bacaan sudut penerokaan (sains). Kedudukan berhampiran plug eletrik adalah baik untuk tujuan menggunakan pemain CD atau kaset. Letakan peralatan muzik di rak yang rendah supaya mudah dicapai dan digunakan oleh kanak-kanak.

Wednesday, September 1, 2010
Bagaimanakah Sudut Sains Di Taska Anda?
Sudut sains kadangkala dipanggil sudut penerokaan tempat di mana kanak-kanak meneroka, membuat penemuan, menilai dan membuat keputusan tentang bahan dan peralatan. Kanak-kanak menggunakan dera untuk meneroka sains fizikal dan biologi. Sains adalah pengalaman terus (hand-on) dan bukannya magik.
Kedudukan sudut sain cuba pilihh di tempat yang boleh mendapat cahaya semulajadi. Jika boleh, kedudukannya berdekatan dengan plug eletrik. Ada guru atau profesional kanak-kanak meletakkan kedudukannya berdekatan dengan sudut manipulatif supaya bahan dan peralatan boleh dikongsikan bersama. Kemudahan penyimpanan penting untuk mengilirkan bahan dan peralatan.
Peralatan yang dicadangkan ialah prisma dan warna, kanta, peralatan pengukuran, magnet, kompas, jam dan lain-lain. Meja pasir dan air adalah penting sebagai tambahan di sudut sains. Pengajaran dan aktiviti hendaklah dirancang apabila menggunakan haiwan dan tumbuhan di sudut sains.

Subscribe to:
Posts (Atom)