Wednesday, December 12, 2012

Perspektif Kanak-Kanak Dalam Pengajaran

Guru-guru hendaklah melihat perspektif kanak-kanak dalam pengajaran di tadika atau di taska. Keupayaan kanak-kanak adalah berbeza dengan keupayaan orang dewasa. Mereka yang tidak memahami konsep pengajaran yang sepatutnya diajar kepada kanak-kanak akan mengajar di tadika mengikut citarasa  dan perspektif orang dewasa. Perlu disedari keupayaan kanak-kanak adalah berbeza mengikut usia, minat dan latarbelakang keluarga. Guru perlu peka dengan kebolehan kanak-kanak di dalam kelasnya. Pendekatan pengajaran hendaklah disesuaikan dengan kebolehan, keupayaan dan minat kanak-kanak. Guru lebih arif dengan keadaan kanak-kanak di kelasnya. Oleh mengajar dengan menggunakan satu pendekatan sahaja sememangnya tidak wajar diamalkan. Contohnya di awal tahun sepatutnya pendekatan yang sesuai adalah untuk memastikan penguasaan kemahiran asas seperti pendekatan satu konsep diikuti dengan bersepadu.Jika terlalu gairah dengan menggunakan satu pendekatan yang dianggap idea matlamat pendidikan awal kanak-kanak tidak akan tercapai. Kesannya kanak-kanak merasa bosan dan tertekan kerana menjadi mangsa oleh perspektif orang dewasa yang tidak memahami pendidikan awal kanak-kanak.

1 comment:

  1. Guru perlu bijak merancang supaya naluri ingin tahu anak pra, kreativitinya, kordinasi motor kasar dan halus dapat dikukuhkan. Sebab itulah saya lebih yakin guru perempuan menjadi guru pra sekolah kerana naluri keibuaan memang ketara...apa pendapat prof

    ReplyDelete