Thursday, December 20, 2012

Pendekatan Pengajaran Menguasai Kemahiran Asas

Pengajaran guru memberi kesan positif kepada kanak-kanak jika pendekatan yang digunakan bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak. Perancangan bermula dari awal tahun sehingga ke akhir kalender persekolahan. Di awal kalender persekolahan kanak-kanak baru melangkah masuk ke taska dan tadika. Pendekatan paling asas yang sesuai dilaksanakan adalah pendekatan satu konsep (rujuk perbincangan pendekatan satu konsep). Satu kemahiran asas perlu didedahkan dan dikuasai oleh kanak-kanak. Apabila kanak-kanak telah bersedia dengan kemahiran asas, pendekatan seterusnya diaplikasikan iaitu pendekatan bersepadu atau gabungjalin. Pendekatan ini mengabungkan sekurang-kurangnya dua kemahiran asas. Guru tidak perlu tergesa-gesa memaksa kanak-kanak menguasai kemahiran asas kerana keupayaan kanak-kanak berbeza di kalangan mereka. Minat, usia dan latabelakang kanak-kanak perlu diambilkira bukan memberi tekanan kepada kanak-kanak.

2 comments:

  1. Terima kasih mengemukakan pertanyaan. Mohon anda membaca keseluruhan artikel pendek di dalam blog ini telah dibincangkan tentang persoalan anda.

    ReplyDelete