Monday, August 17, 2015

Stokin Katak Yang Membahayakan Kanak-kanak

Produk jenama stokin untuk bayi 'Froggy' menurut U.S. Consumer Prouct Safety Commision (CPSC) tidak selamat digunakan dan membahayakan kepada bayi. Jahitan pada wajah yang dilekatkan pada stokin boleh tertanggal mengakibatkan bahaya tersedak atau sesak nafas apabila bayi memasukkan ke dalam mulut wajah katak yang tertanggal. Keadaan ini bukan sahaja membahayakan bayi tetai jiga kepada kanak-kanak kecil. Pihak berkuasa U.S. telah mengarahkan produk jenama ini ditarik balik penjualannya. Ibu bapa dinasihatkan berhati-hati dan peka semasa membeli stokin untuk bayi dengan melihat ciri keselamatannya.


No comments:

Post a Comment