Thursday, August 6, 2015

Bagaimanakah membunuh idea?


Berbagai cara untuk membunuh idea kreatif. Sekiranya ada di kalangan staf memberikan idea, tidak semua diterima sama ada rakan atau ketua kita. Dalam sebuah buku kecil bertajuk “Imagine” telah menyenaraikan 17 cara membunuh idea. Antara yang menarik:
  • Apabila ia datang dan cepat-cepat tukar subjek.
  • Tidak mengendahkannya. Mati secara senyap tetapi amat berkesan.
  • Pura-pura erminat tetapi tidak melakukan apa-apa tentangnya. Hal ini sekurang-kurangnya menghalang pemikir asal tidak membawa idea itu ke mana-mana.
  • Tertawakannya.  "Ho, ho, ho, itu idea yang sangat baik.  Awak pasti memikirkannya sepanjang malam untuk mendapatkannya.”
  • Ubahsuai hingga berubah dari yang asal… Anda seolah-olah membantu idea, hanya mengubah sedikit sana sini. Dalam masa yang sama apabila pencipta idea asal menyedari apa yang berlaku, idea telah mati.
  • Tenggelamkan dalam air sejuk, "Kita tidak ada staf membuat itu…We don't have the staff to do it...risikonya terlalu besar…itu semua berlaku hanya teori, tetapi dalam kehidupan sebenar…”

No comments:

Post a Comment