Wednesday, August 5, 2015

Siapakah Pembunuh Kreativiti Kanak-kanak?

Berdasarkan buku The Creative Spirit (Plume, 1993), menyatakan cara yang lumrah orang dewasa tidak menggalakkan kreativiti pada kanak-kanak:

  1. Memerhati — Memerhatikan kanak-kanak membuat mereka merasa sentiasa diperhatikan semasa mereka membuat kerja…kekerapan memerhati, berani mengambil risiko, kreatif akan tenggelam dan tersembunyi.
  2. Penilaian — Apabila kita sentiasa membuat kanak-kanak risau tentang apa yang mereka lakukan, mereka mengabaikan kepuasan dengan penghasilannya.
  3. Ganjaran — Hadiah yang tidak bersesuaian . . . melenyapkan keseronokan aktiviti kreativiti kanak-kanak. 
  4. Pertandingan — Meletakkan kanak-kanak dalam situasi menang-kalah, di mana hanya seorang boleh berada di atas Putting kids in a win-lose situation, where only one person can come out on top . . . menidakkan proses bahawa kanak-kanak meningkat perkembangannya mengikut tahapnya sendiri.
  5. Kawalan berlebihan — Sentiasa memberitahu kanak-kanak cara melakukan sesuatu…sering meninggalkan kesan perasaan kanak-kanak bahawa keasliannya adalah salah dan sebarang penerokaan itu membuang masa.
  6. Pilihan terhad — Memberitahu kanak-kanak jenis aktiviti yang mereka perlu terlibat daripada membenarkan mereka mengikut minat dan rasa ingin tahu…sekali lagi menghadkan penerokaan aktif dan cubajaya yang boleh membawa kepada penemuan kreatif dan penghasilan.
  7. Tekanan — Menetapkan harapan tinggi untuk pencapaian kanak-kanak…selalunya berakhir dengan rasa benci terhadap subjek atau aktiviti… Tanpa sebab harapan yang tinggi sering memberi tekanan kepada kanak-kanak untuk pencapaian dan mendapatkannya berdasarkan garis panduan yang ketat. Hal ini akan menghapuskan cubajaya, penerokaan dan inovasi. Menetapkan harapan tinggi biasanya di bawah kemampuan keupayaan perkembangan kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment