Monday, August 3, 2015

Mengapa Muzik?


Jennifer Jones dalam artikalnya "The Role of Music in Your Classroom," menyatakan mengapa drama dan muzik penting pada aspek perkembangan kanak-kanak…

  • Nyanyian boleh digunakan untuk mengajar konsep baru dan memperkenalkan perbendaharaan kata baru.  
  • Nyanyian memberi peluang kanak-kanak meneroka peranan orang dewasa. Kanak-kanak bermain dengan anak patung di ruang dramatika akan mendodoikan ('hum') anak patung atau semasa mengemas, memadankan apa yang mereka lihat tentang apa yang dilakukan oleh ibu bapanya. 
  • Pergerakan ke arah muzik membentuk kepekaan anggota tubuh kanak-kanak dan apa yang mereka boleh lakukan. Ia dapat membantu membina perasaan kendiri dan kemahiran motor halus.
  • Mendengar muzik dapat membantu mendidik kanak-kanak tentang asas yang betul berkaitan muzik: lantang, lembut, tempo perlahan, dan tinggi. Ia juga boleh membantu kepada lanjutan ekspresi kreatif.

1 comment: