Meletakkan
kanak-kanak dalam keadaan selamat adalah
adalah keutamaan tugas yang dilakukan setiap minit apabila kita bersama
kanak-kanak. Kita mesti sentiasa berhenti atau menghalang situasi yang dianggap
mengancam kanak-kanak. Tetapi apabila kita mencampuri bagi pihak keselamatan
kanak-kanak, kita boleh lakukan dengan memahami bahawa kehidupan banyak cabaran
dan risiko, dan kanak-kanak wajar mengalami sebagai alat untuk belajar
menghadapinya sendiri. Kata-kata,’Dengan sedikit risiko di situlah sedikit
ganjaran’ adalah benar. Pembelajaran melibatkan risiko. Perhubungan melibatkan
risiko. Kecekapan perasaan dan keyakinan di dunia ini memerlukan berdepan
dengan cabaran dan tugasan untuk mengatasinya.
Apabila kanak-kanak terlibat dalam situasi kita fikir terlalu berisiko
atau berbahaya, daripada kita menyuruh mereka berhenti segera, kita tawarkan
alternatif yang selamat sementara menghentikan peluang untuk mereka membina
potensi sepenuhnya. Tugas ini memerlukan kita memberi tumpuan kepada perspektif
kanak-kanak, menggunakan kuasa pemikiran kita dan bertindak bertanggungjawab.Kita
boleh memastikan kanak-kanak mendapat merasai keseronokan dunia kanak-kanak biarpun
masih dalam kawalan dan bantuan orang dewasa dan rakannya. Kita boleh
membantunya dalam pembelajaran yang berbaloi dan mereka boleh menjadi cekap
membuat penentuan keputusan, berupaya mengenalpasti risiko, menyumbang bantuan
kepada orang lain dan mendapat ganjaran atas usahanya.