Thursday, July 30, 2015

Bimbingan Keibubapaan

Pengetahuan dan kepakaran pengalaman professional (guru tadika/pengasuh taska) banyak membantu untuk keluarga, terutamanya kepada keluarga yang tiada pengalaman. Pada masa yang sama keadaan ini boleh jadi menakutkan. Profesional perlu mengambil berat tentang memberi nasihat dan maklumat kepada keluarga. Membantu adalah lebih sesuai berbanding dengan memberi mandat untuk mendidik keluarga. Tumpuannya adalah untuk membantu dan memberi kuasa kepada keluarga terhadap orang yang sangat penting dalam kehidupan kanak-kanak. Bimbingan keibubapaan yang baik melibatkan kedua perkara iaitu melengkapkan diri dengan maklumat dan menasihati serta menyakinkan diri sendiri. Terlalu banyak maklumat daripada pakar boleh menyebabkan keluarga hilang keyakinan dan menjadi keliru terutama apabila penasihatan itu konflik. 

No comments:

Post a Comment