Thursday, July 2, 2015

Bermain Di luar Dapat Memberi Tumpuan Belajar?


Bermain di luar dapat memberi tumpuan yang lebih baik walau pun terdapat kanak-kanak yang ada tanda-tanda ADHD. Beberapa kajian telah dijalankan di University of Illinois Urbana-Champaign menunjukkan aktiviti di latar semulajadi dan kehijauan mengurangkan tanda-tanda ADHD pada kanak-kanak. Aktiviti luar khususnya memberi banyak impak yang positif berbanding dengan lain-lain latar (setting). Kesan positif ini dikaji kepada kanak-kanak berusia 5 tahun. Pada tahun 2008 kajian di University of Michigan mendapati prestasi daya ingatan dan masa penumpuan bertambah baik sebanyak 20 peratus selepas kanak-kanak menghabiskan masa selama satu jam di latar alam semulajadi. Manakala 78 peratus dalam kajian lapangan melaporkan bahawa kanak-kanak yang menghabiskan masa dalam permainan luar yang tidak berstruktur adalah berkeupayaan dengan baik untuk memberi tumpuan dan berprestasi baik di dalam bilik darjah.

No comments:

Post a Comment