Program melaksanakan kurikulum yang
konsisten dengan matlamat untuk kanak-kanak dan menggalakkan pembelajaran dan
perkembangan di setiap bidang: social, emosi, fizikal, bahasa dan kognitif.
Apa yang perlu dilihat di dalam
program:
- Tanya tetang program kurikulum dan bagaimana dijalankan di setiap aspek perkembangan. Kurikulum bukan berfokus kepada satu bidang perkembangan sahaja.
- Kanak-kanak diberi peluang untuk belajar dan membinanyan menerusi penerokaan dan main. Guru berpeluang untuk bekerja dengan kanak-kanak secara individu dan kumpulan kecil pada kemahiran khusus.
- Bahan dan peralatan dapat menarik minat kanak-kanak dan mendorong mereka bereksperimen dan belajar.
- Aktiviti yang direka untuk membantu kanak-kanak mendapat lebih banyak ruang memberi sebab musabab, penyelesaian masalah dan bersama kanak-kanak lain menggunakan bahasa dan perkembangan kemahiran yang lain.
- Bayi dan tatih bermain alat permainan dan peralatan seni lukis “buat sesuatu” berasaskan tindakbalas kanak-kanak seperti cawan yang boleh muat satu sama lain atau tanah liat.
No comments:
Post a Comment