Wednesday, August 24, 2011

Berkongsi Mainan

"Saya punya! saya punya!" jerit kanak-kanak. Manakala yang seorang lagi berteriak," Jangan! jangan! pergi!! pergi!!!," sambil berebut mainan. Kanak-kanak tatih yang berumur antara 2 tahun masih bersikap tidak mahu berkongsi mainan. Ibu bapa tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan. Kanak-kanak di peringkat ini secara semulajadi tingkahlaku sememangnya bersikap mementingkan diri sendiri (selfish). Jika anda mahukan anak anda belajar berkongsi mainan, anda perlu mengajar cara melakukannya - buat berulangkali menggalakkannya untuk berkongsi. Cuba bersabar dengan kerenah anak anda semasa belajar melakukannya - mengulangi jika terlupa - mempelajari semula nilai berkongsi.

Apakah perasaan anda apabila melihat anak tetamu merampas mainan dari tangan anak anda. Bagaimanakah anda sebagai tetamu melihat anak anda sedemikian tingkahlakunya?



3 comments:

  1. Dr, saya selalu menyediakan mainan tambahan dlm beg. Anak saya selalu dirampas mainan oleh anak tetamu. Saya sabar.............. pujuk anak utk berkongsi mainan walaupun dlm keadaan yg kritikal. Anak saya soal kenapa dia yg mengalah?

    ReplyDelete
  2. Tindakan anda betul. Ibu kepada anak tetamu perlu bertindak seperti anda mendidik anaknya jangan merampas tetapi mengajar meminta izin.Atau anda sendiri yang mengajarnya. Agak malang jika berterusan berlaku kanak-kanak ini tidak diajar perkara betul/salahnya akan selamanya tidak menghormati milik orang lain.Anda telah memaklumkan kepada anak anda untuk berkongsi dan memberitahu bahawa mainannya tetap miliknya apabila selesai bermain. Anak tetamu juga perlu dimaklumkan supaya meminta izin dan memulangkan selepas bermain.

    ReplyDelete