Monday, August 8, 2011

Kritikan Kurikulum Montessori

Menurut Goffin kurikulum Montessori lebih diterima oleh keluarga golongan berada. Manakala komponen kesihatan, nutrisi dan komponen penglibatan ibu bapa tidak terdapat dalam kurikulum Montessori. Kurikulumnya hanya berfokus kepada kaedah Montessori sendiri, kepercayaan Montessori terhadap kanak-kanak dan peralatannya bukan lebih meluas pendekatan pengajarannya.

Tokoh pendidikan awal kanak-kanak seperti Spodek, Saracho dan Davis mengkritik bahawa tujuan asal program Montessori hanya untuk keluarga miskin dan hubungan antara sekolah dan komuniti. Sebaliknya berlaku tidak melibatkan aktiviti keluarga dan komuniti. Program Montessori lebih kepada kumpulan kanak-kanak kulit putih, kelas atasan dan pertengahan.

Imam Al Ghazali pula menyatakan "kurikulum perlu menyeluruh." Maksudnya kurikulum hendaklah meliputi semua domain iaitu kognitif, bahasa, fizikal, sosio emosi, dan estetika.

No comments:

Post a Comment