Orang dewasa jangan terkejut atau terlalu teruja apabila melihat kanak-kanak tatih bermain sendirian lanjutan aktiviti membaca yang telah dilakukan bersamanya. Kanak-kanak tatih akan bermain sendirian dengan buku yang digemari. Apabila kanak-kanak tatih telah biasa dengan buku tertentu menerusi bacaan berulang mereka mula bermain dengan buku mengikut cara yang dibacakan kepadanya. Kanak-kanak ini tertarik dengan objek yang menjadi kebiasaan padanya yang boleh dihubungkannya. Kanak-kanak tatih akan mengambil buku, membuka nya dan mencuba menyebut sesetengah perkataan dan dengan intonasinya. Pada permulaannya agak janggal tetapi permainan membaca yang diulangi menjadi gambaran ransangan, padanan halaman dan perkaitan cerita.
No comments:
Post a Comment