Kebanyakan bayi dapat memahami tentang idea makna beberapa perkataan pada usia lebih kurang 6 hingga 9 bulan. Apabila mencapai usia 10 bulan terdapat bayi yang mula bertindak balas kepada isyarat bahasa pertuturan. Dalam lingkungan usia 8 hingga 13 bulan, komunikasi kanak-kanak sama ada vokal atau jenis gerak tubuh menjadi keinginan kanak-kanak untuk berhubung antara tindak balas, tingkahlakunya dan tindak balas ibu bapa atau pengasuh di taska. Mainan seperti mengagah, bertepuk tangan, melambai-lambai merupakan aktiviti awal antara bayi dan ibu bapa. Bahasa kanak-kanak ini diperingkatadalah pasif, lebih kepada menerima sahaja. Percubaan untuk bercakap semakin aktif. Orang dewasa mula memahami perbendaharaan kata yang kanak-kanak ketahui dari bahasa isyarat tanpa sebutan kepada bahasa sebenar.
No comments:
Post a Comment