Thursday, July 26, 2012

Akta 308 Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984

Undang-undang di Malaysia telah lama mewujudkan Akta 308 Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 yang bertujuan melindungi kanak-kanak di taska iaitu kanak-kanak di bawah usia 4 tahun. Kewujudan akta ini secara sah mengiktiraf profesion pengasuhan kanak-kanak di taska. Peraturan dan perundangannya jelas menyatakan tatacara mentadbir, mengurus, mengasuh kanak-kanak di bawah 4 tahun. Akta ini secara terang melindungi kedua belah pihak pengusaha perkhidmatan dan ibu bapa serta kanak-kanak. Malahan mereka yang terlibat dalam perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dilatih khusus menerusi program Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak. Modul latihan kepada pengusaha dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibuat penambahbaikan dari masa ke semasa. Sewajarnya telah mantap dengan pengalaman pentadbiran program KAAK dan sentiasa menambahbaikan kandungan akta 308 dengan mengikut keadaan dan keperluan semasa. Masyarakat umum selama ini tidak menyedari bahawa ini pihak JKM yang bertanggungjawab menangani masalah dan pendidikan kanak-kanak di bawah 4 tahun. Inisiatif JKM tidak pernah disebarluaskan menerusi media cetak mahupun eletronik. Berdasarkan pandangan saya sebagai ahli akademik yang terlibat dalam bidang ini, program yang dilaksanakan oleh JKM setaraf dengan program yang ada diluar negara seperti 'Headstart' di Amerika Syarikat  dan 'Regio Emmilia' di Italy. Semoga ushasa murni ini berterusan dan berkekalan dengan pengalaman luas dapat memantapkan pengurusan yang sedia ada.

No comments:

Post a Comment