Sentiasa berada di sisi bayi dan membantu pembelajarannya tetapi kerap mencampuri keupayaan bayi untuk menyelesaikan masalah dan kemahiran untuk dikuasai dalam perkembangan fizikal. Bayi sebenarnya boleh menyelesaikan masalahnya dan mempunyai pendapatnya sendiri. Sebagai orang dewasa yang bertanggungjawab, kita selalu tergesa-gesa untuk menyelamatkan atau membantu apabila melihat keadaan bayi yang menghadapi cabaran. Keadaan sebegini kita perlu memberi pertimbangan apa yang benar memberi makna jika kita sebagai guru. Mendekati dan memdorong tetapi membenarkan bayi menggunakan masa dan ruang untuk belajar sendiri adalah terbukti lebih bernilai berbanding menolong bayi dengan mencampuri pembelajarannya. Menyokong daripada mencampuri adalah tanda kita menghormati kepada bayi. Umumnya orang dewasa terlalu banyak cuba melakukan untuk bayi. Keadaan ini akan merosakkan persepsi kanak-kanak tentang dirinya untuk belajar menyakini diri dan kecekapan pembelajarannya.
No comments:
Post a Comment