Thursday, December 10, 2015

Keperluan Tindakbalas Kepada Kanak-Kanak



Jika keperluan kanak-kanak diberi tindakbalas (respon) dengan segera dan penuh perhatian, kanak-kanak akan belajar bahawa dirinya dihargai. Sebaliknya jika kanak-kanak tidak mendapat sebarang tindakbalas daripada ibu bapa atau pengasuh, atau tindakbalas negative, kanak-kanak akan cuba berhenti untuk berkomunikasi. Kanak-kanak akan belajar dirinya tidak dipedulikan. Apabila kanak-kanak merasakan dia tidak selamat dan tidak mempunyai asas kepercayaan pada individu di sekelilingnya, dia sentiasa mengawal dirinya. Bermaksud kanak-kanak ini akan mengambil keseluruhan tenaga mentalnya dan kanak-kanak ini tidak bebas untuk meneroka, mencubajaya, berkomunikasi dan membina perkembangannya. Apabila kanak-kanak merasakan dirinya dihargai, kanak-kanak akan merasa berada dalam keadaan selamat, dan dilindungi dengan kasih sayang oleh mereka yang yang dikenali, perkembangan kemahiran kanak-kanak boleh meningkat dari aspek kognitif, fizikal dan social.

No comments:

Post a Comment