Penglibatan ibu bapa menerusi sumbangan sukarela sama ada berbentuk fizikal atau material dapat mengurangkan beban guru. Apabila guru mendapat sokongan daripada ibu bapa, guru mendapati kanak-kanak datang ke sekolah lebih tenang dengan tugasan dapat diselesaikan. Sokokngan keibubapaan bermaksud bantuan berterusan dalam menangani tingkahlaku dan akademik berhubung dengan kanak-kanak.
Thursday, December 31, 2015
Tuesday, December 29, 2015
Membuat Rasa Memahami
Sukar bagi kanak-kanak begitu juga orang untuk menyatakan perbezaan perasaan. Bagi kanak-kanak tatih terdapat garis antara kekecewaan dan marah. Mengenalpasti perbezaan antara marah dan kekecewaan. Contohnya memerlukan perhatian pada isyarat paling ringkas seperti berubah cara mulutnya atau perlakuan matanya. Kadangkala kanak-kanak terlepas kepentingan secara terperinci. Anda boleh membantu mereka mempelajari isyarat dengan menunjukkan ekspresi wajah dan mencampurkan dengan isyarat fizikal seperti meletakkan tangan di pinggang atau membuat gerak tubuh dengan tangan anda.
Monday, December 28, 2015
Pandangan Terhadap Pendidik Awal Kanak-Kanak
- Enam di kalangan 10 pengundi mengenalpasti bahawa tahun terawal merupakan tahun yang meruncing dalam pembelajaran dan perkembangan. Hampir 9 di kalangan 10 pengundi percaya bahawa pendidik awal kanak-kanak adalah penting dalam masyarakat dinilai sama taraf dengan ahli bomba dan jururawat.
- Tujuh puluh dua peratus pendidik awal kanak-kanak percaya masyarakat tidak menghormati tentang kepentingan dan kesukaran kerja mereka.
- Lapan puluh empat peratus pendidik awal kanak-kanak mengenalpasti gaji rendah signifikan dengan cabaran.
- Enam puluh satu pengundi percaya bahawa pendidik awal kanak-kanak dibayar terlalu sedikit dan majoriti pengundi menyokong kenaikan gaji di semua peringkat.
- Lapan puluh peratus pengundi percaya gajaran yang memuaskan kepada guru adalah indikator penting untuk kualiti program pendidikan awal kanak-kanak.
- Pengundi menyokong pelaburan kerajaan dalam pendidikan awal kanak-kanak meningkat dari lapan puluh peratus kepada 83 peratus apabila dimaklumkan perbelajaan diberi tumpuan kepada kenaikan gaji.
- Lima puluh satu peratus pendidik berdasarkan warna kulit menyatakan halangan kemampuan ke kolej untuk kekal dalam profesion dibandingkan dengan 37 peratus pendidik kulit putih.
- Lapan puluh tiga peratus pendidik percaya adalah wajar keperluan masa kini dan masa depan pendidik awal kanak-kanak memenuhi kelayakan asas untuk menerima gaji yang tinggi dan kemudahan.
Wednesday, December 23, 2015
Kemahiran Menghubung Sebab dan Akibat
- Gunakan bahasa pengubung — Kanak-kanak yang didedahkan dengan lebih banyak bahasa penghubung penyebab semasa di tadika akan mencapai keputusan lebih baik di tahun berikutnya dalam menyatakan hubungkait tentang penyebab sesuatu perkara berlaku.
- Hubungkan dengan aktiviti pemetaan mudahEngage in simple — Kajian mencadangkan kanak-kanak seawal usia 3 tahun boleh diajar untuk menghayati hubungan peta dan keadaan dunia secara fizikal.
- Perkenalkan bongkah dan puzzle — Kanak-kanak yang kerap bermain bongkah dan puzzle mempunyai kelebihan membina rekabentuk blok yang lebih baik berbanding dengan kanak-kanak yang bermain mainan lain. .
- Membaca buku yang terdapat cabaran hubungan — LDapatkan buku yang terdapat gambar dari pelbagai sudut perspektif mengandungi peta dan bahasa menghubungkait penyebab.
Tuesday, December 22, 2015
Imej Tubuh Positif
Apabila kanak-kanak mempunyai imej tubuh yang positif, dirinya merasakan baik dan menjaga anggotanya. Sebaliknya kanak-kanak yang mempunyai imej tubuh yang negatif merasakan tidak mengambilberat tentang dirinya dan terpinggir. Kanak-kanak ini berhadapan dengan berbagai masalah dan risiko. Imej tubuh yang tidak memuaskan lebih kepada membawa masalah tabiat makan yang tidak berkhasiat seperti mematuhi diet pemakanan dan makan tanpa had. Menggalakkan imej tubuh positif dapat membantu secara keseluruhan kesihatan bayi, tatih dan kanak-kanak taska.
Wednesday, December 16, 2015
Menghormati Keupayaan Bayi
Sentiasa berada di sisi bayi dan membantu pembelajarannya tetapi kerap mencampuri keupayaan bayi untuk menyelesaikan masalah dan kemahiran untuk dikuasai dalam perkembangan fizikal. Bayi sebenarnya boleh menyelesaikan masalahnya dan mempunyai pendapatnya sendiri. Sebagai orang dewasa yang bertanggungjawab, kita selalu tergesa-gesa untuk menyelamatkan atau membantu apabila melihat keadaan bayi yang menghadapi cabaran. Keadaan sebegini kita perlu memberi pertimbangan apa yang benar memberi makna jika kita sebagai guru. Mendekati dan memdorong tetapi membenarkan bayi menggunakan masa dan ruang untuk belajar sendiri adalah terbukti lebih bernilai berbanding menolong bayi dengan mencampuri pembelajarannya. Menyokong daripada mencampuri adalah tanda kita menghormati kepada bayi. Umumnya orang dewasa terlalu banyak cuba melakukan untuk bayi. Keadaan ini akan merosakkan persepsi kanak-kanak tentang dirinya untuk belajar menyakini diri dan kecekapan pembelajarannya.
Tuesday, December 15, 2015
Bertanya Soalan
Menanya soalan dengan betul telah hilang seninya. Rasa ingin tahu kanak-kanak empat tahun bertanya soalan terlalu banyak tetapi apabila kita dewasa pertanya mula hilang. Menurut Tom Pohlmann dalam artikalnya "Relearning the Art of Asking Question" mencadangkan empat jenis pertanyaan;
Soalan penjelasan membantu kita untuk lebih memahami apa yang telah diperkatakan.
Soalan penghubung digunakan untuk meneroka hubungan aspek masalah yang dilupakan semasa perbualan.
Soalan menjurus digunakan untuk mendalami. Kita bertanya untuk memahami bagaimana jawapan itu diperolehi, untuk mencabar andaian dan untuk memahami punca penyebab masalah.
Soalan penghubung digunakan untuk meneroka hubungan aspek masalah yang dilupakan semasa perbualan.
Soalan menjurus digunakan untuk mendalami. Kita bertanya untuk memahami bagaimana jawapan itu diperolehi, untuk mencabar andaian dan untuk memahami punca penyebab masalah.
Soalan penilaian memperluaskan isu dan mengemukakan gambaran yang lebih besar. Soalan itu membantu anda untuk pencerahan gambaran lebih dekat.
Monday, December 14, 2015
Kanak-Kanak Mengharap Sokongan
Kanak-kanak memerlukan sokongan orang dewasa. Apabila kanak-kanak memerlukan sokongan akan melibatkan menunggu, mendengar dan lebih banyak menunggu sehingga kita dapat memahami drama yang dilakukan dalam kehidupan kanak-kanak. Kadangkala memerlukan kesabaran yang tinggi dan banyak kerja untuk memahami perkara yang diingini oleh kanak-kanak. Rasa ingin tahu merupakan ramuan yang baik untuk mengetahui "mengapakah kanak-kanak bertingkahlaku sedemikian?".Apa yang anda perlu lakukan adalah memerhati...mendengar...dan pelajari tentang drama dalaman diri kanak-kanak. Kesemuanya ini akan mengukuhkan hubungan anda dan keluarga kanak-kanak. Itulah sebenarnya sokongan untuk semua.
Sunday, December 13, 2015
Menuntut Ilmu Tanpa Batas Usia
Menuntut ilmu tidak menetapkan had usia. Kegigihan dan kesanggupan untuk meneruskan menuntut ilmu adalah kunci utama kejayaan kepada mereka yang telah bekerja dan berusia. Jangan menunggu masa sebaliknya mulakan terus kerana peluang untuk melanjutkan pengajian terdapat berbagai mod iaitu sepenuh masa dan separuh masa. Mereka yang bekerja sesuai dengan pengajian separuh masa iaitu secara sambilan. Biarpun agak memakan masa tetapi lambat laun kejayaan akan menanti akhirnya.
Saturday, December 12, 2015
Ucapan Terima Kasih
Jangan lupa mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi sesuatu dalam pelbagai bentuk. Biarpun sedikit bantuan mahupun pemberian. Terima kasih tanda anda menghargai pemberian. Terima kasih akan mendalamkan hubungan, mengeratkan persefahaman dan memberi makluman kepada orang yang memberi bahawa dirinya dalam ingatan penerima. Didiklah kanak-kanak bermula dari kecil ucapan terima kasih dengan senyuman tanda ikhlas menerima dan menghargai pemberian.
Friday, December 11, 2015
Fleksibiliti Menyusun Ruang
Fleksibiliti,
dalam dan luar bilik itu sendiri tidak menjamin bilik itu akan membantu
pengguna. Bilik itu hanya alat yang berkemungkinan boleh menyesuaikan latar
yang diperlukan. Oleh kerana benda-benda boleh diubah tidak bermakna manusia
juga dapat diubah. Perkembangan sosial merupakan bahagian penting kanak-kanak
belajar tetang pelbagai latar tugasan. Contohnya masa bercerita memerlukan
tingkahlaku yang berlainan berbanding main ‘puzzle’
dan drama. Terdapat banyak perkara sensitiviti sosial yang perlu difahami dan
kesesuaian ruang main sebagai langkah pertama untuk dikuasai. Fleksibiliti
digunakan secara berhemah untuk membimbing dan mengembangkan keyakinan
kanak-kanak untuk mematuhi peraturan latar ruang.
Thursday, December 10, 2015
Keperluan Tindakbalas Kepada Kanak-Kanak
Jika
keperluan kanak-kanak diberi tindakbalas (respon) dengan segera dan penuh perhatian,
kanak-kanak akan belajar bahawa dirinya dihargai. Sebaliknya jika kanak-kanak
tidak mendapat sebarang tindakbalas daripada ibu bapa atau pengasuh, atau
tindakbalas negative, kanak-kanak akan cuba berhenti untuk berkomunikasi.
Kanak-kanak akan belajar dirinya tidak dipedulikan. Apabila kanak-kanak
merasakan dia tidak selamat dan tidak mempunyai asas kepercayaan pada individu
di sekelilingnya, dia sentiasa mengawal dirinya. Bermaksud kanak-kanak ini akan
mengambil keseluruhan tenaga mentalnya dan kanak-kanak ini tidak bebas untuk
meneroka, mencubajaya, berkomunikasi dan membina perkembangannya. Apabila kanak-kanak
merasakan dirinya dihargai, kanak-kanak akan merasa berada dalam keadaan
selamat, dan dilindungi dengan kasih sayang oleh mereka yang yang dikenali, perkembangan
kemahiran kanak-kanak boleh meningkat dari aspek kognitif, fizikal dan social.
Subscribe to:
Posts (Atom)