Mungkin ada pandangan lain untuk dikongsikan bersama. Pandangan anda amat dialu-alukan.
Saturday, August 27, 2011
Adab Mengunyah Makanan
Mungkin ada pandangan lain untuk dikongsikan bersama. Pandangan anda amat dialu-alukan.
Friday, August 26, 2011
Mengajar Tertib Meminta Makanan
Bagaimana pandangan pembaca?
Thursday, August 25, 2011
Tertib Adab Tetamu
Adakah anda menghadapi masalah tingkahlaku anak semasa berkunjung ke rumah saudara mara dan teman-teman?
Mungkin pembaca lain boleh berkongsi pengalaman.
Wednesday, August 24, 2011
Berkongsi Mainan
Apakah perasaan anda apabila melihat anak tetamu merampas mainan dari tangan anak anda. Bagaimanakah anda sebagai tetamu melihat anak anda sedemikian tingkahlakunya?
Tuesday, August 23, 2011
Memahami Motif Kanak-Kanak Berbohong
Kita juga perlu melihat kemungkinan makna dan mesej kanak-kanak yang cuba berkomunikasi cara berbohong. Kebiasaannya membohong adalah tanda kanak-kanak memerlukan perhatian yang lebih dan aktiviti yang melebihi jangka waktu yang diberikan. Strategi jangka panjang diperlukan untuk membina kebiasaan untuk kanak-kanak meningkatkan rasa selamat.
Sebagai orang dewasa, sewajarnya kita hendaklah memberi bimbingan dan membetulkan perlakuan negatif kepada positif di samping memberi keyakinan diri kepada kanak-kanak.
Monday, August 22, 2011
Model Tingkahlaku Memupuk Kejujuran Kanak-Kanak
Strategi seterusnya adalah bertenang sebelum anda melakukan sesuatu. Anda perlu bertenang dan semakin anda bertenang semakin baik cara anda berkomunikasi. Contohnya tingkahlaku mencuri adalah salah dan tujukan kepada kanak-kanak-kanak berbohong tentang perkara tersebut. anda perlu ingat terdapat kanak-kanak yang berbohong untuk menghindarkan dirinya daripada dimarahi atau mendapat hukuman.
Sunday, August 21, 2011
Adakah Kanak-Kanak Berbohong Merupakan Krisis Moral?
Walau pun kanak-kanak berusia 4 tahun dan 5 tahun telah peka dengan makna kebenaran, anda tidak akan dapat kebenaran jika anda bertanya secara terus terang. Jika anda berjaya memperolehinya kerana anda mendesak atau membuat kanak-kanak itu bercakap. Tetapi apa yang sebenarnya anda perolehi? Anda sebenarnya tidak menggalakkan kanak-kanak untuk mengambil tanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Sebenarnya tekanan yang anda berikan akan mengakibatkan kanak-kanak bercakap kurang jujur di masa akan datang. Membantu kanak-kanak membina moral dan tanggungjawab terhadap perlakuannya merupakan matlamat jangka panjang.
Saturday, August 20, 2011
Mengapa Kanak-Kanak Tidak Berbohong?
Friday, August 19, 2011
Adakah Harapan Impian Itu Pembohongan Kanak-Kanak?
Pembohongan di peringkat 4 tahun ini mungkin berjaya tetapi kanak-kanak berusia 3 tahun gagal berbohong kerana tidak mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Kanak-kanak berusia 3 tahun tidak mempertimbangkan pendengarnya yang akan berfikir sama ada kenyataan atau niatnya. Akhirnya kanak-kanak 3 tahun ini cuba berbohong pada masa tempat yang salah. Kanak-kanak 3 tahun tidak memberi pertimbangan kepentingan fakta lain seperti menyembunyikan pembohongan dan melindungi jalan cerita.
Wednesday, August 17, 2011
Tahap Pembohongan Kanak-Kanak?
Terdapat beberapa tahap membohong. Tahap pertama kanak-kanak berbohong untuk meningkatkan sesuatu matlamat atau mendapatkan ganjaran dengan mengatakan sesuatu yang diketahui atau dipercayai yang sebenarnya palsu. Niatnya hanya untuk memberi kesan tingkahlaku pendengar untuk mengelakkan dari hukuman atau mendapatkan ganjaran. Biasanya kanak-kanak dalam lingkungan 4 tahun ke atas berada di tahap ini.
Tuesday, August 16, 2011
Mengapa Kanak-Kanak Tidak Bercakap Benar?
Mungkin ada pandangan lain yang boleh dikongsikan bersama.
Monday, August 15, 2011
Bila Kanak-kanak Mula Tidak Bercakap Benar?
Terpulang kepada pembaca memikirkananya. Jika ada pandangan lain amat dialu-alukan.
Sunday, August 14, 2011
Kanak-Kanak Tidak Bercakap Benar?
Saturday, August 13, 2011
Keperibadian Maria Montessori
"As far as personal relationships that Maria had, it is mentioned in Kramer (1976) that she had a son, Mario, with a colleague named Dr. Montesano. Why they did not marry is very unclear. Apparently his family and Maria herself were opposed to marriage. Kramer must have had the chance to speak with Mario. He said he was sent to a wet nurse in the country after he was born. He believes it was a plan urged by the couple's mothers to keep the birth a secret. Mario was raised by a family in the countryside of Rome and his mother would visit every once in a while. It was mentioned in Kramer (1976) that Maria and Dr. Montesano agreed to never marry, but Dr. Montesano eventually married someone else. Mario married and had four children, Marilena, Mario Jr., Renilde, and Rolando."
Glosori dan Terjemahan
born: lahir
colleague: rakan, kawan sekerja/sekuliah
country: desa, kampung
opposed: menentang
personal relationships: hubungan sulit
to keep the birth secret: untuk merahsiakan kelahiran
urged: dorongan
wet nurse: wanita yang dibayar untuk menjaga bayi wanita lain dan menyusukannya
Cuba renungkan apakah moralnya?
Imam Al Ghazali mengatakan: "Pengasuh kanak-kanak terdiri daripada wanita yang mulia tingkahlakunya dan kuat agama."
Friday, August 12, 2011
Mengenali Matlamat Maria Montessori
"Montessori herself admitted...on more than one occasion that the working out of her own educational ideas she learned much from what she called the "pedagogical method" of the Church... Furthermore...her own method could only find its fullest expression when applied to the teaching of the Catholic faith."
Glosori dan Terjemahan:
admitted: kenyataan yang diakui
occasion: masa
pedagogical method of the Church: cara perkaedahan Gereja
fullest expression: menyatakan sepenuhnya
applied teaching of the Catholic faith: digunakan pada pengajaran kepercayaan Katholik
Apakah pandangan pembaca tentang matlamat pengasas program Montessori?
Thursday, August 11, 2011
Siapakah Maria Montessori?
Maria Montessori choose the Madonna of the Chair as her emblem, and hung a copy of the painting high up on the wall in each of the Children's House. In her own words she said:
"Indeed the Children's Houses represent not only social progress but also the progress of humanity; they are intimately bound up with the elevation of motherhood, with the the advancement of women, and with the protection of posterity. the Madonna idealized by the divine Raphael is not only lovely and sweet, a sublime virgin and mother with her adorable baby, but beside this perfect symbol of real, living maternity, was the figure of John the Baptist, who represents for us in the fresh beauty of babyhood the cruel sacrifices of him who went before to prepare the way. Further, it introduced a work of art by the greatest Italian artist, and if, some day, Children's Houses are scattered throughout the world, Raphael's picture will be there to speak eloquently of the land of its origin."
Glosari & terjemahan:
adorable: menawan hati
Children's Houses : tempat kanak-kanak belajar
cruel sacrifices: pengorbanan yang kejam
divine: tuhan, dewa
eloquently: lancar/fasih
emblem: lambang
hung: gantung
intimately bound: ikatan mesra
maternity: keibuan
origin: asal usul
protection of posterity: perlindungan generasi akan datang
scattered: merata-rata, berselerak, di sana sini
sublime virgin: perawan/dara yang mengagumkan
Monday, August 8, 2011
Kritikan Kurikulum Montessori
Tokoh pendidikan awal kanak-kanak seperti Spodek, Saracho dan Davis mengkritik bahawa tujuan asal program Montessori hanya untuk keluarga miskin dan hubungan antara sekolah dan komuniti. Sebaliknya berlaku tidak melibatkan aktiviti keluarga dan komuniti. Program Montessori lebih kepada kumpulan kanak-kanak kulit putih, kelas atasan dan pertengahan.
Imam Al Ghazali pula menyatakan "kurikulum perlu menyeluruh." Maksudnya kurikulum hendaklah meliputi semua domain iaitu kognitif, bahasa, fizikal, sosio emosi, dan estetika.
Saturday, August 6, 2011
Kritikan Montessori
Montessori sendiri tidak menggalakkan luahan perasaan (expressive) dan aspek emosi kanak-kanak. Beliau juga tidak menggalakkan permainan bebas, permanian fantasi dan melukis secara bebas. Howard Gardner berpandangan Montessori tidak melihat kualiti lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak secara spontan. Maksudnya, Montessori tidak menggalakkan kreativiti menerusi lukisan.
Mendengar cerita pari-pari tidak digalakkan oleh Montessori. Pada pandangan Montessori mendengar cerita pari-pari dan cerita berbentuk imaginasi menggalakkan kanak-anak tidak membezakan dunia realiti. Mendengar cerita bagi Montessori akan menjauhkan kanak-kanak dari keadaan realiti. Mendengar cerita pari-pari atau fantasi dianggap memaksa kanak-kanak mendengar cerita secara pasif. Bettlheim menolak pandangan Montessori bahawa mendengar cerita secara tidak langgsung menggalakkan kanak-kanak menjadi berdikari dan menggunakan inteligennya sendiri.
Friday, August 5, 2011
Kriteria Sudut Pembelajaran
- Tidak mempunyai permulaan, pertengahan dan akhiran secara formal.
- Biasanya bersifat terbuka (open-ended).
- Bukan pilihan guru.