Tuesday, April 20, 2010

Pengalaman kehidupan



Kejayaan perlu menempuh cabaran, kesabaran dan kreativiti. Ada baiknya dikongsikan bersama biarpun tidak sehebat mana. Jika sesuai boleh dijadikan teladan. Jika anda merintih dengan kegagalan pertama bermakna anda merosakkan kehidupan masa depan anda. Kita tidak tahu bahawa kegagalan itu satu anugerah untuk menguji ketabahan dan kecekalan diri.

Diharap pembaca dapat membaca liku hidup yang pernah saya lalui. Seandainya saya tidak pernah gagal semasa di zaman persekolahan dan tidak gigih untuk berhijrah, saya tetap kekal begitu sahaja terus merintih kegagalan.

Saya percaya setiap manusia dijadikan Allah mempunyai kelebihan. Saya terus mencari dan berdoa untuk mencari kekuatan diri. Mencari kelebihan dan kekuatan yang ada pada diri untuk terus meneroka dan mencuba. Saya telah cuba merintis bidang pendidikan awal kanak-kanak untuk dijadikan titik permulaan generasi muda akan datang. Sememangnya banyak rintangan dan cabaran jika kita sebagai perintis yang cuba mendahului zaman. Orang sekeliling tidak memahami dan memandang pelik dan suatu keanehan di waktu itu. Biarpun bagai 'wira yang tidak didendang.' Perjuangan tetap diteruskan.

6 comments:

  1. "Orang yang kreatif biasanya tidak akan melakukan perkara yang sama seperti orang lain. Golongan yang kreatif ini sememangnya sukar difahami dan adakalanya dia dianggap gila."

    Cukup gilakah saya untuk menggalakkan lebih ramai usahawan dalam bidang pengasuhan/pendidikan awal kanak-kanak?. Usahawan yang bukan saja mengejar keuntungan dunia, malah mengejar juga keuntungan diakhirat.

    Mohon pandangan/pendapat dari Dr.

    ReplyDelete
  2. Anda seorang yang kreatif untuk menjadi usahawan yang berjaya. Tidak salah menyediakan perkhidmatan kepada ibu yang ingin berkerjaya. Anda telah cuba membantu menyelesaikan masalah mereka dengan memberi perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak. Anda juga memberikan perkhidmatan yang bermutu untuk diselaraskan dengan status ibu yang inginkan terus berkerjaya.Moralnya anda sememangnya kreatif untuk melihat,"Apabila ada masalah di situlah ada peluang." Teruskan cita-cita anda yang murni.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih, Prof.
    Kita perlukan lebih ramai kalangan profesional dalam bidang tersebut. Banyak cabaran masa depan yang perlu dihadapi. 10 tahun dari sekarang, apakah corak yang ada dalam institusi kekeluargaan. Allah maha mengetahui.

    ReplyDelete
  4. Saya mendoakan anda terus berjaya dengan bidang yang dipilih. Insa Allah anda merupakan warisan perjuangan generasi pelapis masa depan. Sekiranya ketiadaan kami diharap dapat meneruskan dilandasan yang betul.

    ReplyDelete
  5. prof. perkongsian prof membangkitkn jiwa perjuangan saya dalam pddikn awal kanak-kanak ini.
    Perjuangan yang bertitik - tolakkan garis permulaan yang betul i.allah tidak akan mudah padam apabila ditimpa ujian walau seberat mana yang melanda.

    Saya pernah melalui saat2 kesedihan dan kejatuhan dalam perjuangan namun , bila disemak titik-tolak perjuangan , saya menjadi tambah semula dan kini alhamdulillah saya lebih matang mengharungi liku-liku mehnah demi mehnah.

    ReplyDelete
  6. Saya mendoakan semoga anda tabah untuk terus meneruskan impian dan cita-cita. Selamat maju jaya.

    ReplyDelete