Friday, April 23, 2010

Bagaimana membacakan buku kepada kanak-kanak?

Kanak-kanak suka orang dewasa membacakan buku dan mendengarnya. Bagaimanakah cara yang berkesan aktiviti membaca itu? Kanak-kanak di taska penumpuannya adalah singkat. Pilih buku yang kurang teks dan banyak ilustrasi. Penglibatan kanak-kanak semasa membacakan adalah digalakkan.

8 comments:

  1. Prof. saya ada pengalaman 'read aloud' ni. Pada awalnya saya scepticle juga. Tapi rupanya anak saya bertambah vocabulary dan yang paling mengembirakan dia suka pada buku.

    INDA

    ReplyDelete
  2. Kanak-kanak mendengar dan meminati perkataan yang didengar. Perkataan yang didengar akan disimpan dalam minda.Semakin banyak perkataan yang didengar akan menambahkan perbendaharaan kata kanak-kanak.Dalam keadaan yang tertentu perkataan itu akan terkeluar untuk digunakan. Malahan kita tidak menyedari mengapa kadangkala kita memahami sesuatu perkataan. Ini adalah kesan pembacaan dan perkataan yang telah didengar terdahulu.

    ReplyDelete
  3. Prof, saya ada seorang adik lelaki. Sebelum ini, dia mempunyai masalah untuk membaca dan tidak pernah tunjukkan minat untuk membaca. Setiap kali mak saya nak mengajar adik saya membaca. Adik saya akan memberontak. Adik saya pun mengalami masalah untuk mengingati dan mengenal sebutan perkataan. Mak saya hanya menggunakan buku yang senang untuk dibaca dan mempunyai perkatan-perkataan yang ringkas. Tetapi hasilnya tetap sama. Adik saya masih mengalami masalah untuk membaca dan masalah untuk mengingati atau mengenal sebutan perkataan. Kejadian ini berlarutan sampai darjah dua. Sekarang mak saya menggunakan cara yang lain. Disebabkan mak saya kerap pergi ke pekan. Kalau ada kesempatan, mak saya akan membawa adik saya ke perpustakaan di pekan. Mak saya tidak meminjam buku untuk adik saya, tetapi sebaliknya, iaitu mak saya menbawa adik saya ke sudut membaca untuk kanak-kanak. Mak saya menyuruh adik saya memilih buku yang dia sukai. Mula-mula dia tidak berminat. Tetapi bila kerap kali mak saya bawa adik saya ke perpustakaan. Mungkin satu kebetulan, adik saya tertarik pada satu buku. Mak saya mengatakan pada saya, yang buku itu bersaiz agak besar, tapi tidak terlalu besar. Dalam buku itu, ada lukisan dan warna yang menarik (mungkin dalam pandangan adik saya) dan mempunyai perkatan yang sikit. Disebabkan adik saya masih tidak tahu membaca dam mengalami masalah untuk mengenal perkataan. Adik saya memanggil mak saya untuk memberitahu apa yang sebenarnya cerita buku itu. Walaupun yang sebenarnya adik saya itu bertanya seperti ini, "Mak, ini buku apa?" Mak saya membaca buku itu dengan menunjuk jari di setiap perkataan yang disebutnya. Dipendekkan cerita, sekarang adik saya dah pandai membaca dan dapat mengenal perkataan. Kadang-kadang bila adik saya dah baca buku itu, adik saya akan menanya sesuatu pada mak saya, sebab dalam rumah sekarang, hanya ada mak saya dan adik saya sahaja. Jadi, mungkin adik saya nak menarik perhatian mak saya untuk bercerita tetapi dengan cara bertanya. Sebenarnya prof, Saya memberitahu cerita ini sebab adik saya betul-betul tidak pandai membaca sebelum ini. Tetapi sekarang adik saya dah pun pandai membaca. Kadang-kadang dia membuat gaya semasa bercerita.

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang menarik dan baik untuk tatapan pembaca. Terima kasih terhadap pengalaman sebenar yang anda kongsikan kepada saya dan semua pembaca blog. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Saya rasa Prof. kebanyakkan kanak-kanak memang gemar jika ibu atau bapa membacakan buku cerita untuk mereka ketika mereka hendak tidur.Selain itu,sebagai ibubapa haruslah mengambil berat dan mengajak anak mereka ke perpustakaan kanak-kanak untuk mengalakkan mereka membaca dan ia akan menjadi kebiasaan kepada mereka jika besar nanti.

    ReplyDelete
  6. Ada kebenaran pandangan anda. Terima kasih berkongsi pandangan.

    ReplyDelete
  7. Prof, so conclusion is that kita kena baca buku kepada kanak-kanak dengan cara yang kreatif?

    ReplyDelete
  8. Betul. Tujuannya untuk menarik minat membaca dan tidak membosankan.

    ReplyDelete