Thursday, April 22, 2010

ECE Club Unirazak


Apakah kepentingan menubuhkan kelab ECE (Early Childhood Education)? Pelajar-pelajar di Unirazak dengan rasminya telah menubuhkan kelab ECE. Tujuannya murni. Salah satunya untuk menyedarkan dikalangan pelajar bahawa bidang pendidikan awal kanak-kanak merupakan satu industri yang tersendiri.Khalayak perlu melihat bidang ini dari sudut yang lebih kreatif dan berinovasi. Menerusi kelab ECE ahli-ahli diharapkan mendapat pendedahan yang berkaitan dengan bidang pendidikan awal kanak-kanak dan industri yang berkaitan dengan kanak-kanak. Diharapkan ahli kelab ECE dapat menjalankan aktiviti yang bermanfaat untuk ahli dan warga Unirazak. Selamat maju jaya.

2 comments:

  1. tima kasih Dr. kami amat menghargai setiap sokongan n bantuan Dr. dan sekarang nie kami sedang berjuang menghadapi peperiksaan. lagi satu sem depan kami akan membuat makmal ECE. kalau boleh kami mendapatkan plan lantai untuk makmal kami di UNIRAZAK ALOR SETAR. tima kasih

    ReplyDelete
  2. Plan lantai bergantung kepada keluasan,reka bentuk ruang sedia ada dan kelengkapan perabot mengikut budget. Saya rasa ada dalam nota-nota kuliah tetapi mungkin cara penyesuaian tidak dibincangkan kerana dari segi praktikal berbeza dengan teori.

    ReplyDelete