Showing posts with label role model. Show all posts
Showing posts with label role model. Show all posts

Tuesday, March 1, 2011

Larangan Penderaan Di TASKA

Semua bentuk penderaan (abuse) tidak dibenarkan sama sekali. Penderaan sama ada dalam berbentuk emosi atau fizikal kepada kanak-kanak di taska adalah tidak dibenarkan. Pihak pengurusan taska sama ada di tempat kerja, komuniti dan institusi mahu pun taska di rumah tidak dibenarkan memaksa kanak-kanak menjalankan aktitivi yang dirancang oleh pihak taska. Kakitangan (staff) di taska perlu menggunakan perkataan yang sopan sewaktu mendisiplinkan kanak-kanak. Tidak dibenarkan terlibat dengan perlakuan sumbang (indecent behavior) di taska.

Mereka yang terlibat di taska seperti pengusaha, pengurus, penyelia, pengasuh kanak-kanak. pengasuh berdaftar, pekerja dan lain-lain ahli keluarga yang terlibat dengan taska tidak mempunyai rekod jenayah berkaitan dengan kesalahan seksual, moral atau penderaan kanak-kanak.

Tuesday, April 20, 2010

Pengalaman kehidupan



Kejayaan perlu menempuh cabaran, kesabaran dan kreativiti. Ada baiknya dikongsikan bersama biarpun tidak sehebat mana. Jika sesuai boleh dijadikan teladan. Jika anda merintih dengan kegagalan pertama bermakna anda merosakkan kehidupan masa depan anda. Kita tidak tahu bahawa kegagalan itu satu anugerah untuk menguji ketabahan dan kecekalan diri.

Diharap pembaca dapat membaca liku hidup yang pernah saya lalui. Seandainya saya tidak pernah gagal semasa di zaman persekolahan dan tidak gigih untuk berhijrah, saya tetap kekal begitu sahaja terus merintih kegagalan.

Saya percaya setiap manusia dijadikan Allah mempunyai kelebihan. Saya terus mencari dan berdoa untuk mencari kekuatan diri. Mencari kelebihan dan kekuatan yang ada pada diri untuk terus meneroka dan mencuba. Saya telah cuba merintis bidang pendidikan awal kanak-kanak untuk dijadikan titik permulaan generasi muda akan datang. Sememangnya banyak rintangan dan cabaran jika kita sebagai perintis yang cuba mendahului zaman. Orang sekeliling tidak memahami dan memandang pelik dan suatu keanehan di waktu itu. Biarpun bagai 'wira yang tidak didendang.' Perjuangan tetap diteruskan.