Tuesday, April 20, 2010
Akta dan Peraturan Kanak-Kanak
Apakah yang kita faham tentang Akta 308 dan Akta 550? Kedua-dua akta ini adalah berkaitan dengan kanak-kanak. Mengapa akta tersebut penting diketahui umum? Akta 308 adalah untuk Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA). Tujuan akta 308 adalah untuk menjaga kepentingan kanak-kanak dan juga meningkatkan kualiti perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak. Akta ini juga memberi perlindungan kepada kanak-kanak dan juga menjaga kepentingan mereka yang terlibat dalam bidang perkhidmatan kanak-kanak.
Pengalaman pembaca terlibat dalam pendidikan awal kanak-kanak perlu dikongsikan bersama. Mungkin anda mempunyai masalah sila berbincang dengan saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam, Dr Bustam.
ReplyDeleteRamai diantara kita yang tidak mengambil berat tentang undang-undang ataupun akta. Sedangkan undang-undang jalan raya juga tidak banyak yang betul-betul faham walaupun mereka memandu setiap hari!
Menyentuh tentang undang-undang dan akta bagi penglibatan pengusaha institusi pendidikan sama ada taska, tadika mahupun pusat pendidikan kanak-kanak yang lain, ramai yang masih tidak memahaminya dengan jelas. Apa yang malang, bukan sahaja tidak jelas, malah mereka tidak tahu pun yang akta sedemikian wujud. Sedih bukan?
Ramai yang memandang hanya dari segi perniagaan dan perusahaan untuk memberikan perkhidmatan penjagaan dan pendidikan kanak-kanak kepada masyarakat. Mereka lupa, selain dari akta syarikat dan akta pekerja dan majikan, mereka juga terikat dengan akta pendidikan, akta perlindingan kanak-akanak dan pelbagai akta lain yang antaranya telah Dr Bustam nyatakan.
Secara peribadi, saya sendiri tidak 'fasih' untuk bercakap tentang akta, tetapi mempunyai sedikit pengetahuan mengenainya dan mampu memberikan saya keyakinan untuk membuat keputusan dalam menjalankan operasi pusat pendidikan kanak-kanak.(saya juga pasti pernah membuat kesilapan...)
Ini termasuklah juga akta yang melibatkan perniagaan yang menghalang pengusaha daripada sesuka hati menyediakan perkhidmatan yang mana tidak boleh disediakan olehnya. Sebagai contoh, ada undang-undang yang menyebutkan had umur pengambilan serta saiz premis serta bilangan murid yang boleh diambil pada satu-satu masa.
Dengan pengalaman bergaul dan menghadiri seminar dan sesi pembelajaran berterusan, saya amat bersyukur kerana mendapat pendedahan dan berharap agar lebih ramai pengusaha bumiputra yang terbuka untuk 'mengeluarkan sedkit belanja' untuk mendapatkan ilmu dan maklumat.
Ini semua amat berkait rapat dengan 'attitude' atau sikap kita sebagai individu.
Apa pun "EDUCATION COST YOU MONEY, IGNORANCE COST YOU MORE!"
Noraminah Omar
fb: meen omar
noraminahomar.blogspot.com
Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat dan pengalaman yang amat berguna kepada semua pembaca. Saya amat menghargai sumbangan anda. Terima kasih sekali lagi.
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt. Alhamdulillah. Baru saya faham sedikit sebanyak mengenai Akta ni. Kalau setengah2 part baca sendiri, memang tak berapa faham. Terima kasih prof.
ReplyDelete