Implikasi peringkat perkembangan kreativiti membolehkan guru di taska dan tadika tidak lagi menghadkan peluang memberi pengalaman dan penerokaan pelbagai peralatan. Penggunaan peralatan merupakan asas pembelajaran kreatif. Pengetahuan sepenuhnya kanak-kanak diperolehi menerusi penerokaan pelbagai untuk menggunakan peralatan. Kebebasan meneroka juga menjadikan pembelajaran yang menarik minat dan sebagai medium yang terbuka.
Tuesday, May 7, 2013
Monday, May 6, 2013
Kreativiti Kanak-Kanak Peringkat Menggambarkan
Peringkat menggambarkan atau mewakili yang mana kanak-kanak boleh menghasilkan sesuatu atau mencipta sesuatu. Kanak-kanak mungkin mewarna gambar dirinya sendiri atau matahari di langit atau peristiwa yang menarik seperti hari hujan, air di parit atau semasa hari jadinya. Terdapat kanak-kanak yang berupaya menggambar semasa di taska tetapi kebanyakan kanak-kanak membina keupayaan menggambar semasa berada di tadika.
Sunday, May 5, 2013
Kreativiti Kanak-Kanak Di Peringkat Tanpa Mewakili
Peringkat tanpa mewakili bermaksud kanak-kanak cuba menggunakan kemahiran manipulasi seperti melukis atau mewarna tanpa menggambarkan sesuatu atau tidak memberi sebarang makna. Kanak-kanak mewarna tanpa ada tujuan tertentu walau pun terdapat berbagai corak yang dilukis atau diwarnakan namun kandungannya sukar dikenalpasti tetapi mungkin kanak-kanak itu sendiri yang mengetahui. Oleh kerana peringkat ini aktiviti melukis oleh kanak-kanak tanpa tujuan, guru perlu sentiasa bertanya,"Apa itu? sekurang-kurangnya soalan itu akan menjadikan kanak-kanak lebih menumpukan tujuan melukis.
Saturday, May 4, 2013
Kreativiti Kanak-Kanak Di Peringkat Meneroka Peralatan
Kanak-kanak umumnya melalui tahap perkembangan menerusi peralatan kreatif. Pada peringkat awal kanak-kanak akan meneroka sendiri alatan dan menyelidik keadaan sifat peralatan tersebut. Contohnya pada usia 2 tahun dan 3 tahun menghabiskan masa untuk kepuasan yang dapat dilihat menerusi peralatan manipulasi dan penerokaan mewarna dan menggunakan berus atau menguli dan bermain tanah liat (dough). Kanak-kanak menggunakan deria untuk meneroka dan menyelidik peralatan.
Friday, May 3, 2013
Peringkat Kreativiti Kanak-Kanak
Tahap kreativiti kanak-kanak mencapai puncak pada usia 4 tahun hingga 6 tahun. Peringkat ini ada hubungannya dengan tahap perkembangan yang diperkenalkan oleh Erikson. Menurut Erikson pada peringkat usia ini dikenali sebagai tahap initiatif lawan malu. Tahap ini juga kanak-kanak meneroka dan mengalami dan mencerminkan peningkatan tingkahlaku kreatif yang dilakukan menerusi aktiviti yang berbentuk kreatif seperti lukisan, kraf dan penyelesaian masalah.
Thursday, May 2, 2013
Aktiviti Kreatif Membentuk Keyakinan Diri
Aktiviti kreatif merupakan aktiviti yang memberi peluang kepada pengajaran secara individu. Bahan dan aktiviti yang bergantung kepada jenis terbuka memberi ruang keunikan dan dan mengembangkan kepelbagaian untuk membolehkan kanak-kanak menjadikan dirinya berkeyakinan daripada mengharapkan sistem tertutup dan pembelajaran berpusatkan arahan.
Wednesday, May 1, 2013
Pengalaman Kreatif Meluahkan Emosi
Aktiviti kreatif memberi peluang kanak-kanak untuk meluahkan perasaan. Aktiviti kreatif dapat memberi kesan kesimbangan komponen yang menekankan perkembangan intelektual mungkin boleh membayangi semua program yang lain. Oleh itu untuk mengelakkan aktiviti kreatif membayangi aktiviti yang lain maka aktiviti kreatif perlu dirancang dan di urus dengan tersusun ketika di tadika. Contohnya aktiviti mewarna akan menarik minat kanak-kanak sehingga memakan masa yang lama. Guru tidak boleh membiarkan kanak-kanak berterusan seharian dengan aktiviti yang sama dan perlu diseimbangkan dengan aktiviti lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)