Saturday, December 25, 2010

Prinsip Pengajaran Bahasa Kanak-Kanak Tatih - Prinsip 2

Prinsip 2: Guru Bahasa Sebagai Model
Kanak-kanak tatih bergantung kepada pertuturan orang dewasa sebagai contoh perbendaharaan kata (vocabulary). Menerusi pertuturan orang dewasa kanak-kanak tatih memerlukan bantuan orang dewasa untuk mendapatkan sari pati (extracting) kefahamannya tentang penggunaan penggunaan bahasa dengan betul. Kanak-kanak tatih mengharapkan orang dewasa selalu bercakap dengan jelas dan nyata, pengucapan (enunciating) yang lebih jelas daripada pertuturan biasa orang dewasa dan memberi penekanan terhadap kata kunci (key words). Semua itu dilakukan dalam bentuk peneguhan positif (positive reinforcement) bukan pembetulan secara negatif.

Sebagai model bukan sahaja untuk pertuturan mekanis tetapi juga perbualan secara logistik untuk membuatkannya jelas apabila bercakap kepada seseorang kanak-kanak tatih, menunggu pada tindakbalas kanak-kanak tatih sebelum bertutur lebih jauh lagi.

2 comments:

  1. Maksudnya, jangan menggunakan bahasa pelat. Paling mudah bila menyebut namanya. Sebagai contoh: Afiq, bukan Apik.. Kerana sebutan adalah seperti doa, betul sebutannya, maka mudah-mudahan, doa itu akan termakbul.

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang berguna untuk dihayati bersama pembaca lain. Terima kasih berkongsi pandangan.

    ReplyDelete