Tuesday, December 14, 2010

Bengkel Menu Makanan Kanak-Kanak Taska

Pada Sabtu 11 Disember dan Ahad 12 Disember 2010 Demonstrasi Penyediaan Menu dan Masakan di Universiti Tun Abdul Razak khusus untuk kanak-kanak taska. Pakar pemakanan diketuai oleh Assoc. Prof. Dr. Naim Kamari dan dibantu oleh Chef Nik Malawati yang berkelayakan dalam bidang pemakanan. Turut serta pengusaha taska dan pelajar. Terima kasih kepada En. Mohd Yusof (Yusof Gajah) bersama En. Nazmi (jurugambar) yang merakamkan aktiviti dan jawatkuasa bengkel tersebut. Sekiranya ada yang berminat kami sedia memberi khidmat mengadakan kursus dengan bilangan peserta yang terhad.

10 comments:

  1. Jika berminat pengasuh taska Lembah Klang berminat untuk mengikuti kursus Menu Makanan Kanak-Kanak Taska boleh saya uruskan.

    ReplyDelete
  2. Dengan gabungan semua yang berkelayakan dalam bidang masing-masing, saya percaya ianya akan berjaya. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih. Kami hanya menjalankan amanah dengan ilmu yang tak seberapa untuk dikongsikan bersama mereka yang memerlukannya.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, berjaya juga bengkel sulong kita tu yer prof. so lps ni minta-minta lagi ramai yang akan turut serta...

    ReplyDelete
  5. ya prof. location pun dah ada...
    so, insya-Allah kalau ada yang berminat bolehlah beritahu...

    ReplyDelete
  6. Saya akan maklumkan sekiranya ada bengkel di masa akan datang.

    ReplyDelete
  7. prof..next year jemput kami guru-guru prasekolah negeri perak plak..kami memang memerlukan kursus ini.

    ReplyDelete
  8. Insa Allah kami akan memaklumkan menerusi blog ini sekiranya diadakan bengkel akan datang kepada anda (liena). Harap beri no tel untuk dihubungi. Begitu juga pembaca lain yang ingin turut serta boleh memberi no tel menerusi blog ini.

    ReplyDelete