Wednesday, December 22, 2010

Perancangan Mengajar Di Taska

Ramai yang beranggapan pendidik kanak-kanak tatih di taska tidak perlu membuat merancang pengajaran. Begitu juga mereka yang beranggapan inisiatif pembelajaran datangnya daripada kanak-kanak tatih maka rancangan pengajaran tidak perlu disediakan. Pendidik kanak-kanak tatih yang berkesan pastinya merancang pengajaran. Perancangan pengajaran untuk kanak-kanak tatih dirancang berdasarkan perkara berikut:
  • Merancang berdasarkan kepada pemerhatian tahap perkembangan.
  • Perancangan mengambilkira sesuatu gaya pembelajaran (learning style) kanak-kanak tatih, corak interaksi dengan bahan, pergerakan kepada aktiviti lain, berbalik kepada pengulangan pengalaman.
  • Merancang berdasarkan kepada minat.
  • Merancang kurikulum pendekatan projek untuk membolehkan kanak-kanak tatih membuat hubungan antara pengalaman yang berlainan.
  • Membuat catatan pada helaian kertas panduan rancangan mengajar untuk kelas.

4 comments:

  1. Perancangan mengajar ini sememangnya ada dalam modul Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak yang di jalani oleh setiap mereka yang terlibat dalam TASKA. Cuma, perlaksanaannya saja yang kurang atau langsung tiada. Ini sebenarnya penting dan menjadi sebagai satu rekod di taska.

    ReplyDelete
  2. Kebiasaan orang yang tidak terlibat dengan pendidikan di taska mengganggap mudah kerana tidak perlu bersusah payah merancang pengajarannya. Pada mereka kanak-kanak tatih hanya dijaga makan minum dan keselamatannya. Mereka yang memahami tentang pendidikan kanak-kanak tatih akan menyediakan perancangan harian untuk aktiviti kanak-kanak tatih mahupun bayi.

    Walau bagaimanapun Terima kasih kerana memberi sumbangan pandangan untuk dikongsikan bersama pembaca lain.

    ReplyDelete
  3. Setiap tindakan perlu perancangan kerana dengan adanya perancangan, kita dapat mencapai matlamat. setiap tindakan yang hendak dilakukan mesti ada matlamat,kalau tidak, sia-sialah perlakuan kita. Dalam aspek didikan awal kanak-kanak, perancangan sangat penting agar kita sama ada ibu bapa atau pengasuh membimbing dan mengasuh kanak-kanak dengan betul dan sesuai dengan perkembangan kanak-kanak.

    ReplyDelete