Thursday, December 30, 2010

Prinsip Pengajaran Bahasa Kanak-Kanak Tatih - Prinsip 7

Prinsip 7:Guru Bahasa Menggalakkan Pertuturan
Sebaik sahaja kanak-kanak tatih berupaya untuk menghubungkan bunyi dan perkataan, pendidik hendaklah menggalakkan kanak-kanak tatih cuba bercakap. Pendidik boleh melakukan ini dengan tidak bertindakbalas (responding) secara serta merta kepada keperluan yang difahami sebelum kanak-kanak tatih mengucapkan perkataan tersebut. Pendidik juga boleh mengalakkan pertuturan dengan bertanya soalan yang boleh dijawab oleh kanak-kanak tatih dengan sepatah atau dua perkataan. Pendidik cuba jangan mengecewakan kanak-kanak tatih. Walau bagaimana pun pendidik boleh meminta kanak-kanak tatih menyebut perkataan sebelum memberi sesuatu objek kepada kanak-kanak jika kanak-kanak tidak bercakap.

Kadangkala pendidik boleh menggalakkan pertuturan dengan menggunakan peralatan di persekitaran taska seperti alat permainan, boneka, gambar dan objek yang menarik boleh digunakan.

2 comments:

  1. Prof..
    Bukankah ini bermakna guru hendaklah memberi peluang kpd kanak2 utk bercakap.. dalam istilah lain sabar & memberi tumpuan kepada apa yg hendak diperkatakan.

    ReplyDelete
  2. "Menggalakkan pertuturan menggunakan peralatan."
    Sbg contoh guru bertanya:
    "Ani suka bola warna merah?"
    Bila melihat Ani memilih bola warna merah berbanding warna2 yg lain).

    ReplyDelete