Sunday, December 5, 2010

Mendisiplin Atau Peraturan Sendiri?

Kanak-kanak di taska adalah di bawah jagaan pengasuh. Tugas pengasuh selain mendidik secara tidak formal adalah menjaga keselamatan kanak-kanak. Keselesaan kanak-kanak sementara ketiadaan ibu bapa di taska adalah tanggungjawab pengasuh. Apakah masalahnya kepada pengasuh yang bertindak di luar jangkaan? Mungkin pembaca dapat memberi pandangan dan pendapat untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak di Malaysia. Pandangan dan pendapat anda amat dihargai. Terima kasih.

2 comments:

  1. Masalah dalaman mungkin. Maksud saya, mungkin nisbah antara kanak-kanak dengan pengasuh tidak menepati garis panduan yang ditetapkan oleh pihak JKM.
    Bila ibu bapa mahukan perkhidmatan yang mengenakan bayaran yang seminimum mungkin, maka pengusaha terpaksa menerima jumlah kanak-kanak yang tidak menepati garis panduan JKM untuk menampung kos taska.
    Juga mungkin tiada pengetahuan dalam keilmuan asuhan awal kanak-kanak. Segalanya mungkin, Prof.

    ReplyDelete