Sunday, June 30, 2013

Penyoalan Ransangan Bercerita

Selain peralatan kreatif, guru perlu berhati-hati mengelakkan cadangan sesuatu bentuk cerita atau perkaran yang akan berlaku selepas itu. Guru boleh menggunakan soalan untuk meransang kanak-kanak bercerita seperti berikut:
  1. "Apakah yang berlaku selepas itu?"
  2. "Kemudian, apakah yang dia lakukan?"
  3. "Adakah kamu ingin memberitahu saya perkara lain?"
Soalan-soalan sebegini dapat dapat membantu melancarkan penceriataan kanak-kanak.

Saturday, June 29, 2013

Memupuk Perkembangan Imaginatif

Permainan kreatif yang sering dilakukan oleh kanak-kanak  daripada pengalaman lalu tetapi bukan suatu peristiwa lisan yang sebenarnya berlaku. Kanak-kanak digalakkan untuk menyampaikan cerita rekaan sendiri. Kajian yang dijalankan oleh Pitcher dan Prelinger (1963) sebanyak 300 cerita yang diceritakan oleh kanak-kanak berusia 2 tahun hingga 6 tahun. Didapati apabila kanak-kanak semakin matang ceritanya meningkat kepada kecekapan penggunaan ruang, semakin jelas perbezaan watak utama daripada watak lain, peningkatan kompleksiti seperti watak yang benar-benar terjadi (happening) menerusi kesan fantasi dan imaginasi.

Friday, June 28, 2013

Membenarkan Kanak-Kanak Meneroka Cara Baru

Kanak-kanak hendaklah digalakkan menggunakan peralatan menerusi cara baru untuk membina pemikiran aktif. Peralatan yang biasa digunakan dengan cara baru, secara tidak langsung memberi pendedahan kepada pemikiran kreatif. Kanak-kanak dapat memahami bahawa sesuatu peralatan yang biasa dilihat boleh digunakan berbagai cara daripada cara yang lazimnya. Contohnya membenarkan kanak-kanak mengisi air ke dalam botol. Terdapat berbagai cara untuk kanak-kanak mencuba memenuhkan air ke dalam botol.

Thursday, June 27, 2013

Soalan Yang Meransang Percambahan Idea

Guru perlu menggunakan soalan yang dapat meransangkan kanak-kanak pemikiran divergen (bercambah). Contoh-contoh soalan yang dapat mencambahkan pemikiran:
  1. "Apa lagi yang boleh kamu buat?"
  2. Adakah cara lain?"
  3. "Bagaimana agaknya jika pintu ini terkunci dari luar. Cuba fikirkan cara kita hendak keluar?"
  4.  Jenis soalan di atas merupakan asas sumbangsaran (brainstorming) yang boleh dilaksanakan dengan jayanya kepada kanak-kanak di tadika menerusi cara bermain. Cara penyoalan ini juga menggalakkan kanak-kanak untuk melihat soalan boleh dijawab dengan beberapa jawapan yang betul dan membina tabiat melihat lebih daripada satu penyelesaian terhadap masalah.

Wednesday, June 26, 2013

Menggalakkan Kanak-Kanak Menghasilkan Lebih Daripada Satu Jawapan

Pemikiran divergen menggalakkan memberi jawapan lebih daripada satu berbanding dengan pemikiran konvegen yang memerlukan satu jawapan sahaja. Guru perlu menggalakkan kanak-kanak untuk memberi cadangan yang lebih daripada satu kemungkinan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Pastikan idea kanak-kanak tidak dikiritik supaya mereka dapat menghasilkan lebih banyak jawapan. Pengukuhan negatif akan menjadi lebih sensitif menjadikan kanak-kanak merasa hambar dan menolak untuk mengambil risiko kepada pemikiran lain. Jika matlamat guru untuk menggalakkan kanak-kanak menyatakan idea, terima apa yang dicadangkan dengan rasa terbuka tanpa memberi kritikan.

...bersambung.

Tuesday, June 25, 2013

Penggunaan Bahasa Bermakna

Penggunaan bahasa sangat penting yang merupakan alat untuk perkembangan idea. Bahasa merupakan fasilitator pemikiran. Bahasa dan dan kognisi mempunyai perkaitan rapat. Perbualan tentang pengalaman dan perbincangan tentang sesuatu yang telah dipelajari oleh kanak-kanak apabila eksperimen diselesaikan. Walau bagaimana perbincangan tidak dibenarkan semasa kanak-kanak terlibat dengan perkara sebenar. Biarkan kanak-kanak melakukan perkara yang sedang dieksperimen untuk mendapatkan pengalaman.

Monday, June 24, 2013

Laluan Kerjaya

UNITAR International University begitu serius dengan pengajian awal kanak-kanak dengan menubuhkan sebuah fakulti yang mengkhususkan bidang kanak-kanak iaitu Faculty of Early Childhood Studies (FECS). Fakulti ini menumpukan bidang kanak-kanak yang lebih meluas lagi. Biasanya masyarakat akan mengaitkan kerjaya bidang kanak-kanak kepada kerjaya sebagai pendidik di tadika dan taska. FECS telah menjadi peneraju yang melahirkan graduan dalam bidang industri kanak-kanak. Para graduannya terarah kepada kerjaya di industri kanak-kanak seperti Legoland dan KidZania dan lain-lain taman tema yang berkonsepkan kanak-kanak. Latihan industri dan kerjaya disediakan supaya pelajar terus diserapkan di lapangan kerjaya sejak memulakan pengajian. Peluang seperti ini tidak terdapat di mana-mana universiti di tanahair selain di UNITAR International University.