Friday, February 28, 2014

Sekilas Pandang 30: Penjagaan Terkawal


Kanak-kanak semasa berada di tempat awam sebaik-baiknya jangan dibenarkan bersendirian. Kealpaan ibu bapa menyebabkan berlaku pencolekan kanak-kanak dalam sekelip mata. Kanak-kanak perlu diawasi dan orang dewasa sentiasa berada berdekatan untuk menjamin keselamatan kanak-kanak di tempat awam.

Thursday, February 27, 2014

Sekilas Pandang 29: Etika Makan Di Meja





Kanak-kanak perlu mengikut etika sewaktu makan bersama di atas meja. Ibu bapa tidak boleh membiarkan seorang anak makan duduk di atas meja makan manakala kanak-kanak lain makan duduk di kerusi. Tingkahlaku seperti duduk di atas meja amat tidak sesuai dan tidak beretika sama sekali.

Wednesday, February 26, 2014

Sekilas Pandang 28: Peranan Bapa


Tanggungjawab bapa sama penting sebagaimana ibu dalam membesarkan anak. Bapa boleh membantu menyusukan anak menggunakan botol susu. Keakraban akan lebih terjalin semasa menyusukan bayi. Hubungan keakraban bayi dengan bapa dapat dibentuk semasa kanak-kanak masih kecil khususnya di peringkat bayi.

Tuesday, February 25, 2014

Sekilas Pandang 27: Menyusukan Bayi

Cara menyusukan bayi dengan betul supaya tidak tersedak ketika minum susu. Kedudukan bayi hendaklah selesa dalam keadaan yang sendeng berada di bahu kiri atau kanak orang dewasa. Semasa memberi susu badan atau botol orang dewasa hendaklah berkomunikasi dengan bayi secara senyuman mahuun bertutur.

Monday, February 24, 2014

Sekilas Pandang 26: Mana Ibu?

Jika kanak-kanak ingin bermain sendirian di tempat awam khususnya kanak-kanak di peringkat tatih perlu diawasi. Pastikan kedudukan orang dewasa tidak jauh dari penglihatnnya. Kanak-kanak mudah merasa cemas apabila orang yang rapat tidak dapat dilihat atau berada berdekatannya. Apabila kanak-kanak sudah merasa selamat akan keadaan di persekitarannya dan mula merasa berkeyakinan, dia akan bermain sendirian tanpa orang dewasa berada di sampingnya.

Sekilas Pandang 25: Makanan



Persediaan perjalanan jauh memerlukan persedian yang lengkap untuk keperluan kanak-kanak. Makanan kanak-kanak tidak terdapat di restoran seperti mana orang deawasa. Sebaik-baiknya minuman kanak seperti susu dan bekalan air panas dibawa dalam bekas khas untuk kemudahan apabila diperlukan.

Sunday, February 23, 2014

Sekilas Pandang 24: Pimpin

Pimpin tangan anak ketika ke tempat atau persekitaran yang terdapat orang ramai khususnya berdekatan dengan jalan raya. Kanak-kanak akan terarah dan tidak merasa keliru dengan keadaan suasana baru. Perasaan selamat dengan memegang tangan orang dewasa bila berdepan dengan suasana baru.

Sekilas Pandang 23: Mendukung

Mendukung kanak-kanak boleh meletihkan sekiranya menggunakan sebelah tangan dan sebelah sebelah lagi memegang barang. Keadaan semakin berat dirasakan apabila mendukung kanak-kanak yang sudah besar. Sekiranya perjalanan jauh dicadangkan menggunakan kereta sorong untuk kanak-kanak. Keadaan ini lebih menyelesakan kanak-kanak atau sekirannya kanak-kanak sudah pandai berjalan bimbing atau pimpin tangan kanak-kanak.

Saturday, February 22, 2014

Sekilas Pandang 22: Letih

Jika anak letih semasa keluar membeli belah dinasihatkan berhenti seketika berehat di tempat yang menyediakan minuman dan makanan. Sekirannya kanak-kanak terlena biarkan lena di pangkuan orang dewasa sambil menjamu selera. Sekiranya orang dewasa ingin meneruskan membeli belah dalam keadaan anak keletihan tingkahlaku negetif akan ditunjukkan oleh anak dengan pelbagai ragam.

Friday, February 21, 2014

Sekilas Pandang 21: Cepat!

Ibu bapa digalakkan bercakap dengan anak kecil walau pun ditempat membeli belah dengan menyatakan sesuatu yang diminati. Sebenarnya kanak-kanak mendengar dan menyimpan perkataan di mindanya. Perkataan yang didengar akan terkeluar secara semulajadi apabila dewasa dan memahaminya dengan sendiri.

Thursday, February 20, 2014

Sekilas Pandang 20: Bersabar

Sementara menunggu isteri membeli belah peranan bapa adalah menjaga anak kecil. Kanak-kanak kecil merasa lebih selamat bersama orang yang terdekat iaitu bapa. Kemesraan antara orang yang terdekat dapat merapatkan hubungan dan memberi kesan kepada perkembangan diri kanak-kanak terutama perkembangan emosi dan tingkahlaku. Semasa mendokong bapa hendaklah berkomunikasi dengan anak tentang hal di persekitaran biarpun tidak difahami tetapi didengar dan dilihat.

Wednesday, February 19, 2014

Sekilas Pandang 19: Bosan

Jangan biarkan anak anda merasa bosan tanpa mendapat perhatian. Kelekaan orang dewasa menumpukan perhatian terhadap aktivitinya sendiri sehingga mengabaikan keadaan anak yang meminta perhatian akan memberi kesan negatif pada perkembangan dirinya. Oleh itu beri perhatian anak yang mengharapkan perhatian daripada ibu bapa semasa keluar bersiar-siar mahu pun sewaktu di rumah.

Tuesday, February 18, 2014

Sekilas Pandang 18: Bertanggungjawab

Belajar bertanggungjawab dengan membawa beg milik sendiri yang mengandungi barang keperluan ketika bersedia untuk bersama keluarga berjalan jauh sangat digalakkan. Kanak-kanak tidak perlu meminta kepada ibu bapa ketika memerlukan barang permainannya atau lapar mendapatkan biskut dan air minuman. Pemupukan berdikari sememangnya digalakkan sejak dari kecil tentang tanggunjawab keperluan dan menjaga milik sendiri.

Monday, February 17, 2014

Sekilas Pandang 17: Keselamatan Bayi

Keselamatan dan keselesaan bayi perlu diutamakan sebagaimana yang dilihat dalam gambar. Mungkin bayi lebih selesa berada di dakapan orang dewasa berbanding diletakkan di dalam kereta sorong. Jika merasa letih mendokong bayi yang sedang tidur ada baiknya diletakkan dalam kereta sorong supaya bayi lebih selesa terutama apabila bayi sedang lena tidur.

Sunday, February 16, 2014

Sekilas Pandang 16: Sesuaikah Biarkan Begini?


Wajarkah dengan membiarkan anak-anak bermain di atas meja makan sewaktu orang dewasa sedang menghadapi hidangan? Gambar ini adalah sebagai bukti betapa sikap ibu bapa yang langsung tidak menghiraukan tingkahlaku negatif anaknya. Tingkahlaku negatif seperti tidak menghormati orang dewasa dan bermain di tempat yang tidak sesuai perlu ditegah dan ditegur sebelum berlaku ketelajuran sehingga tidak mendengar kata. Orang dewasa terutama ibu bapa yang sewajarnya memberi bimbingan dan tunjukajar cara yang betul mengikut tempat dan keadaan.


Saturday, February 15, 2014

Sekilas Pandang 15: Tunggu Dahulu

Salah satu cara untuk mengawal anak ialah dengan memegang tangan sewaktu membeli belah untuk menggelakkan anak hilang di pasaraya atau komplek membeli belah. Kanak cepat merasa bosan dan hilang tumpuan jika terlalu banyak ditumpukan hal yang berkaitan orang dewasa ketika di pasaraya. Setidaknya libatkan kanak-kanak dengan berbincang tentang barangan yang akan dipilih. Keadaan ini kanak-kanak merasakan dirinya diberi perhatian.

Friday, February 14, 2014

Sekilas Pandang 14: Sesat?

Jika kanak-kanak sesat di pasaraya atau di komplek membeli belah, apakah langkah yang perlu diambil? Ibu bapa sepatutnya mengingatkan anaknya dengan pesanan yang mudah difahami. Umpamanya berjumpa jurujual di pusat membeli belah untuk meminta pertolongan.

Thursday, February 13, 2014

Sekilas Pandang 13: Awas Merbahaya

Jangan dibiarkan kanak-kanak bersendirian di tepi pagar tempat yang tinggi. Kanak-kanak boleh melakukan sesuatu yang diluar jangkaan kita. Orang dewasa sepatutnya tidak membiarkan kanak-kanak bermain sendirian khususnya di tempat awam yang keadaannya boleh mendatangkan bahaya.

Wednesday, February 12, 2014

Sekilas Pandang 12: Keakraban Keluarga

Kanak-kanak lebih merasa selamat kepada mereka yang rapat dengan persekitarannya terutama keluarga terdekat. Orang dewasa sebagai model kepada kanak-kanak untuk meniru perlakuan khususnya kepada mereka yang terdekat dengan kanak-kanak.

Tuesday, February 11, 2014

Sekilas Pandang 11: Hendak Main

Pengawasan orang dewasa kepada anak-anaknya ketika bermain adalah digalakan. Kanak-kanak perlu diberi perhatian dan teguran semasa bermain supaya tingkahlaku yang tidak diingini dilakukan semasa bermain bersama kawan-kawan. Sikap bertimbangrasa dan mengikut giliran adalah digalakan.

Monday, February 10, 2014

Sekilas Pandang 10: Keselamatan

Cara yang baik adalah seperti yang tertera digambar. Kedudukan kanak-kanak berdekatan dengan orang dewasa ketika menggunakan tangga lungsur.

Sunday, February 9, 2014

Sekilas Pandang 9: Merbahaya

Ibu bapa dan orang dewasa sewajarnya tidak membenarkan kanak-kanak mengunakan kemudahan tangga lungsur bersendirian atau bermain-main.Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa jika kanak-kanak terjatuh atau melompat-lompat yang mengakibatan kecederaan.

Saturday, February 8, 2014

Sekilas Pandang 8: Kakak Jaga

Sepatutnya kanak-kanak jangan dibiarkan main bersendirian tanpa pengawasan orang dewasa. Walaupun ditemani oleh kanak-kanak yang lebih berusia darinya keadaan dipasaraya masih belum menjamin keselamatan kanak-kanak itu sendiri. Keadaan sekarang adalah berbeza dengan keadaan semasa dahulu.

Friday, February 7, 2014

Sekilas Pandang 7: Keselamatan Di Kenderaan

Kanak-kanak perlu diawasi semasa di luar kenderaan. Ibu bapa atau orang dewasa perlu melihat kanak-kanak semasa mereka berada berhampiran kenderaan. Perhatikan cara mereka berada di kenderaan seperti kereta atau bas. Kedudukan kanak-kanak dan tingkahlakunya yang tidak membahayakan diri. Kealpaan pengawasan boleh mendatangkan kecederaan atau kemalangan kepada kanak-kanak.


Thursday, February 6, 2014

Sekilas Pandang 6: Tertib Di Meja Makan

Kanak-kanak perlu dilatih ketika duduk di meja makan ketika menghadapi juadah. Mereka perlu duduk dengan betul dan menupukan kepada makanan yang dihidangkan. Tingkahlaku yang tidak sesuai semasa makan perlu ditegur.


Wednesday, February 5, 2014

Sekilas Pandang 5: Jangan Leka

Ibu bapa jangan terlalu leka ketika di pusat membeli belah. Perhatian perlu diberi untuk menggelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Tuesday, February 4, 2014

Sekilas Pandang 4: Sendirian

Kanak-kanak dilatih untuk membiasakan cara membeli belah di pasaraya. Teroli kecil bersaiz kanak-kanak disediakan untuk digunakan kanak-kanak. Kanak-kanak diberi kebebasan memilih barangan yang digemari. Walau baaimanapun ibu bapa perlu memantau cara kanak-kanak menggunakan teroli. Terdapat ibu bapa yang membiarkan sahaja kanak-kanak menyalahgunakan teroli yang disediakan seperti dijadikan alat permainan.

Monday, February 3, 2014

Sekilas Pandang 3: Di mana Anakku?

Kelalaian dan kecuaian ibu bapa sewaktu membeli belah boleh mendatangkan kesan negatif. Bahaya jika kanak-kanak dibiarkan main sendirian tanpa pengawasan. Kemalangan mungkin berlaku dan keselamatan kanak-kanak yang memungkinkan berlaku pencolekan.


Sunday, February 2, 2014

Sekilas Pandang 2: Tidak Sepatutnya

Ibu bapa perlu mengingatkan anak-anak supaya tidak keterlaluan tingkahlakunya di pasaraya. Maklumkan tanggungjawab yang tua kepada adiknya kerana tingkahlaku yang tua akan menjadi ikutan kepada adik. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini bukan menjadi tanggungjawab pihak pasaraya kerana sikap ibu bapa yang leka tidak mengambil peduli tingkahlaku anaknya sendiri.

Saturday, February 1, 2014

Sekilas Pandang 1: Bapa dan Anak


Kebiasaannya kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah sama ada lelaki atau perempuan hubungan keakraban dengan bapa amat rapat sekali. Apabila semakin meningkat usianya kanak-kanak perempuan lebih rapat dengan ibunya. Anak lelaki akan bersama dengan bapanya.