Kekeliruan sering berlaku terhadap definisi pendidikan awal kanak-kanak. Definisi yang sering diguna pakai sekiranya anda membaca buku-buku penilsan dan terbitan dari USA dan menjadi pegangan pendidik awal kanak-kanak dan ahli akademiknya di bawah peraturan National Association for the Education of Young Children (NAEYC) menyatakan pendidikan awal kanak-kanak adalah lahir hingga 8 tahun. Terdapat kekeliruan mereka yang tidak terdidik dalam bidang ini akan mengatakan bermula daripada sifar (0 tahun) tetapi sebenarnya pendidikan awal kanak-kanak bermula dari bayi itu dilahirkan.
Di Malaysia terdapat kekeliruan ibu bapa khususnya definisi tadika, prasekolah dan taska. Dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menyatakan 'pendidikan prasekolah' (preschool education) bermaksud program pendidikan untuk kanak-kanak berumur dari empat hingga enam tahun. 'Tadika' (kindergarten) bermaksud tempat di mana menempatkan sejumlah kanak-kanak pendidikan prasekolah seramai sepuluh atau lebih. Manakala 'taska' (nursery) merujuk kepada Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) bermaksud program pendidikan untuk kanak-kanak di bawah umur empat tahun iaitu bermula dari lahir hingga empat tahun.
Prof;
ReplyDeleteBagaimana dengan Pusat Jagaan? Apakah keistimewaan Pusat Jagaan berbanding Taska/Tadika? Atau daftar sebagai Tadika/Taska adalah lebih baik lagi ...
Assalammualaikum Prof,
ReplyDeleteSaya pelajar lulusan SPM pangkat 5A sains tulen sangat berminat dalam bidang pendidikan, tetapi saya mahukan sesuatu yang lebih mencabar dari sekadar menjadi seorang guru seperti mengendalikan kanak-kanak yang bermasalah seperti dyslexia dan seumpamanya.. Apakah jurusan yang sesuai untuk saya dan apakah tahap tertinggi yang boleh saya capai dalam bidang dan jurusan tersebut. Keprihatinan Prof amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih..
Prof,
ReplyDeleteTerima kasih.. Blog ini banyak membantu saya
Syukur la sye jmpe blog ni. Sngt mudah tuk d fahami dn mudah tuk sye buat rujukan.
ReplyDelete