Pilih sesuatu 'benda' dan suruh seorang kanak-kanak meninggalkan bilik. Sembunyikan 'benda' itu dan panggil semula kanak-kanak masuk ke bilik. Beritahu kanak-kanak benda yang disembunyikan. Kanak-kanak mencari benda yang disembunyikan. Kalau dia berada hampir kepada benda tersebut, katakan,"dekat, dekat, dekat." Sebaliknya jika kanak-kanak jauh daripada benda tersebut katakan, "jauh, jauh, jauh." Bila sudah terlalu hampir, katakan, "Itu dia!"
Perkataan jarak:
dekat, hampir, jauh
sana, sini, situ
Tuesday, May 31, 2011
Monday, May 30, 2011
Konsep Berat
Mula-mula ajar kanak-kanak 'perkataan berat' dengan menyuruh mereka mengangkat dan membezakan dua atau tiga objek. Contohnya berat, ringan. Setelah memahami perkataan tunjukkan alat penimbang dan terangkan berat sesuatu benda. Tunjukkan cara membaca nombor dan cara untuk merekod berat di carta.
Nama Berat
Ibu 50 kg
Ayah 80 kg
Saya 12 kg
Nama Berat
Ibu 50 kg
Ayah 80 kg
Saya 12 kg
Sunday, May 29, 2011
Mempelajari Perkataan
Sejenak untuk memikir tentang tujuan perkataan itu. Perkataan yang mengandungi abjad adalah penting sebab apabila digabungkan menjadi perkataan. Ramai kanak-kanak yang boleh menghafal perkataan tetapi tidak tahu tujuannya. Penting bagi orang dewasa membantu kanak-kanak memahami tujuan perkataan. Mempelajari perkataan adalah lebih menyeronokkan apabila perkataan membina nama kanak-kanak atau semasa mereka mengeja makanan kegemarannya. Seboleh-bolehnya ambil masa untuk membantu kanak-kanak melihat perkataan yang mereka tahu:
- papan tanda
- nama jalan
- pada kulit buku
- di suratkhabar
- tin
- televisyen
Saturday, May 28, 2011
Menjawab Soalan
Ya, tidak, mungkin...menjawab soalan. Aktiviti ini boleh dijalankan secara bergilir. Peraturan permainan bahasa ini tidak dibenarkan menggunakan perkataan "ya", "tidak" atau "mungkin" apabila menjawab soalan. Tujuannya mendidik kanak-kanak menjawab soalan secara berayat.
Soalan: "Adakah mata anda merah?"
Jawab: "Mata saya bukan warna merah".
Soalan: "Adakah kamu suka minum susu?"
Jawab: "Saya memang suka minum susu."
Soalan: "Adakah mata anda merah?"
Jawab: "Mata saya bukan warna merah".
Soalan: "Adakah kamu suka minum susu?"
Jawab: "Saya memang suka minum susu."
Friday, May 27, 2011
Teka Apa Yang Saya Fikir?
Fikirkan sesuatu yang anak anda dan anda tahu. Binatang peliharaan, kereta, jam dinding dan semua perkara yang anak anda ketahui. Mulakan dengan berkata," Saya sedang memikirkan sesuatu. tugas kamu mencari apa yang saya fikirkan dengan bertanya soalan kepada saya. Beritahu apabila kamu fikir tahu apa bendanya. Kita berhenti bermain. Jika meneka apa yang saya fikir betul, kamu menang dan giliran kamu memikirkan sesuatu dan saya cuba teka."
Anda boleh membantu dengan memberi isyarat: "Dia adalah seseorang yang kita kenal." "Dia selalu kamu lihat setiap hari."
Anda boleh membantu dengan memberi isyarat: "Dia adalah seseorang yang kita kenal." "Dia selalu kamu lihat setiap hari."
Thursday, May 26, 2011
Teka teki 2
Sediakan teka teki bersama anak atau kanak-kanak di taska (4 tahun hingga 4 tahun) semasa menunggu untuk pulang sebagai aktiviti selingan atau aktiviti lain yang sesuai. Anda boleh mencipta sendiri teka teki sebagai pengayaan bahasa. Jangan terlalu mengelirukan. Bina teka teki mudah. Kanak-kanak kecil akan turu bersama apabila mula menangkap maksud teka teki dan berasa seronok.
Teka teki berirama
Mak, mak pergi pasar
Mak bawa bakul besar
Cuba teka mak beli apa?
Teka teki berirama
Mak, mak pergi pasar
Mak bawa bakul besar
Cuba teka mak beli apa?
Wednesday, May 25, 2011
Teka Teki 1
Teka teki (riddle) kanak-kanak dapat membantu perkembangan minda, bahasa dan imaginasi khususnya kanak-kanak yang berusia 4 tahun boleh bermain dengan bahasa. Teka teki boleh direka dengan menggunakan bahasa ringkas sesuai dengan kanak-kanak.
Teka teki binatang:
Saya makan rumput
Saya berkata bek, bek, bek
Siapa saya?
Saya ada bulu
Saya boleh berenang
Saya berkata kuek, kuek, kuek
Siapa saya?
Teka teki binatang:
Saya makan rumput
Saya berkata bek, bek, bek
Siapa saya?
Saya ada bulu
Saya boleh berenang
Saya berkata kuek, kuek, kuek
Siapa saya?
Tuesday, May 24, 2011
Petua Bercakap Dengan Kanak-Kanak 6
Dengar. Berbual adalah percakapan dua hala. Orang dewasa mesti mendengar dengan penuh minat perkara yang diperkatakan oleh kanak-kanak. Berbincang perkara yang diperkatakan. Kanak-kanak akan merasa dihargai apabila perkara yang diperkatakan mendapat perhatian.
Monday, May 23, 2011
Petua Bercakap Dengan Kanak-Kanak 5
Berterus terang. Jika anda rasa tidak mahu bercakap atau menerangkan - beritahu dengan mengatakan," Saya sibuk tidak dapat bercakap sekarang, tetapi saya akan terangkan selepas makan atau sebelum tidur." Atau, "Saya suka mendengar tentang lukisan kamu, tetapi saya tidak dapat mendengarnya sekarang. Saya harap awak bercerita tentang lukisan kamu selepas waktu makan." Pastikan anda melakukan apa yang telah anda cadangkan (janjikan).
Sunday, May 22, 2011
Petua Bercakap Dengan Kanak-Kanak 4
Jangan bercakap memandang ke bawah. Perbualan adalah peristiwa bercakap bersemuka dengan seseorang. Sesuatu yang kurang akan menjadi hambar. Jika berbeza saiz menjadi masalah hendaklah melutut atau duduk supaya mata bertentangan semasa berbual atau bercakap.
Tuesday, May 17, 2011
Petua Bercakap Dengan Kanak-Kanak 3
Bertanyakan soalan - soalan yang benar. Maksudnya soalan yang betul-betul di sekitar kefahaman kanak-kanak. Contoh:
- "Apa yang kamu rasa bila ia berlaku - suka atau sedih" (sesuai ditanya apabila sesuatu berlaku).
- "Mana yang kamu paling suka?"
- "Kenapa kamu sangat suka?"
- "Apakah yang kamu hendak buat?"
- "Warna apa yang kamu mahu?"
Monday, May 16, 2011
Petua Bercakap Dengan Kanak-Kanak 2
Pastikan minat anda adalah benar. Kanak-kanak lebih cepat daripada orang dewasa untuk mengetahui sesuatu yang tidak anda minati. Cuba berkongsi apa yang benar-benar anda minati. anda akan merasa terkejut bagaimana kanak-kanak bertindak balas.
Sunday, May 15, 2011
Petua Bercakap Dengan Kanak-Kanak 1
Bercakap secara semuajadi (natural). Jangan terlalu banyak cakap hingga membosankan kanak-kanak. Terlalu banyak bercakap akan melenyapkan keseronokkan dan secara langsung menghindarkan pengalaman.
Saturday, May 14, 2011
Selamat Menghadapai Peperiksaan
Pihak College fo Open Learning (COL) menggucapkan "Selamat Menghadapi Peperiksaan" kepada semua pelajar Program Pengsisiwazahan Guru dan juga pelajar-pelajar yang terlibat dalam program pendidikan awal kanak-kanak di semua peringkat (diploma dan sarjana muda). Pelajar-pelajar sarjana pendidikan awal kanak-kanak pihak COL mengalu-alukan permulaan kuliah pertama semester. Semoga anda semua berjaya mencapai impian.
Wednesday, May 11, 2011
Cara Mencuci Tangan
Pendidik dan pengasuh di taska diingatkan sentiasa mencuci tangan selepas menyalin lampin bayi atau tatih. Mencuci tangan mesti diambil perhatian dengan langkah yang betul. Gunakan sabun yang sesuai untuk mencuci tangan. Digalakkan menggunakan sabun jenis cecair. Sekiranya menggunakan sabun jenis keras hendaklah dibasuh membilas dengan sabun tersebut selepas menggunakannya. Biarkan selama 2-3 minit semasa mencuci tangan dengan sabun. Cuci bahagian bawah kuku dan sentiasa kedudukan siku lebih tinggi daripada tangan. Tutup paip gunakan tisu tandas dan lap tangan dengan tisu.
Tuesday, May 10, 2011
Definisi Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Malaysia
Kekeliruan sering berlaku terhadap definisi pendidikan awal kanak-kanak. Definisi yang sering diguna pakai sekiranya anda membaca buku-buku penilsan dan terbitan dari USA dan menjadi pegangan pendidik awal kanak-kanak dan ahli akademiknya di bawah peraturan National Association for the Education of Young Children (NAEYC) menyatakan pendidikan awal kanak-kanak adalah lahir hingga 8 tahun. Terdapat kekeliruan mereka yang tidak terdidik dalam bidang ini akan mengatakan bermula daripada sifar (0 tahun) tetapi sebenarnya pendidikan awal kanak-kanak bermula dari bayi itu dilahirkan.
Di Malaysia terdapat kekeliruan ibu bapa khususnya definisi tadika, prasekolah dan taska. Dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menyatakan 'pendidikan prasekolah' (preschool education) bermaksud program pendidikan untuk kanak-kanak berumur dari empat hingga enam tahun. 'Tadika' (kindergarten) bermaksud tempat di mana menempatkan sejumlah kanak-kanak pendidikan prasekolah seramai sepuluh atau lebih. Manakala 'taska' (nursery) merujuk kepada Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) bermaksud program pendidikan untuk kanak-kanak di bawah umur empat tahun iaitu bermula dari lahir hingga empat tahun.
Di Malaysia terdapat kekeliruan ibu bapa khususnya definisi tadika, prasekolah dan taska. Dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menyatakan 'pendidikan prasekolah' (preschool education) bermaksud program pendidikan untuk kanak-kanak berumur dari empat hingga enam tahun. 'Tadika' (kindergarten) bermaksud tempat di mana menempatkan sejumlah kanak-kanak pendidikan prasekolah seramai sepuluh atau lebih. Manakala 'taska' (nursery) merujuk kepada Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) bermaksud program pendidikan untuk kanak-kanak di bawah umur empat tahun iaitu bermula dari lahir hingga empat tahun.
Monday, May 9, 2011
Berkomunikasi dengan Kanak-Kanak
Interaksi dengan kanak-kanak sangat penting sama ada di taska atau tadika. Pendidik bercakap dengan kanak-kanak hendaklah dalam keadaan mesra, dan positif. Pendidik hendaklah kerap bertutur dengan kanak-kanak, bertanyakan soalan berbentuk 'terbuka' dan secara individu bercakap dengan kanak-kanak bukan dalam kumpulan. Kanak-kanak membina kemahiran berkomunikasi daripada interaksi dengan orang dewasa. Soalan terbuka secara tidak langsung menggalakkan kanak-kanak bercakap kerana kanak-kanak tidak boleh menjawab dengan menyatakan perkataan "ya" atau "tidak".
Friday, May 6, 2011
Memupuk Kejayaan Kanak-Kanak Taska
Berikut cadangan sebagai panduan untuk memupuk kejayaan di kalangan kanak-kanak taska:
- Membaca setiap hari kepada kanak-kanak.
- Main bersama kanak-kanak di atas lantai.
- Menyediakan peluang untuk kanak-kanak bermain bersamanya atau setiasa berada di sekitarnya dan kanak-kanak lain.
- Memenuhi keperluan kanak-kanak seberapa segera - tetapi tanpa mengganggu keupayaannya untuk berdikari.
- Bertindakbalas kepada pertuturan lisan kanak-kanak - biar pun hanya agahan - bermain bahasa dan bertutur dengan kanak-kanak.
Thursday, May 5, 2011
Panduan Sebelum Memulakan Kelas
Mungkin panduan ini sesuai sebagai peringatan kepada pendidik di taska dan tadika. Tujuh perkara untuk difikirkan sebelum memulakan kelas:
- Ruang masa berkumpulan
- Lokasi ruang pembelajaran
- Bentuk dan sempadan ruang pembelajaran
- Kemudahan peralatan
- Susunan bahan dan peralatan
- Tahap ransangan
- Rutin harian bilik darjah.
Wednesday, May 4, 2011
Interaksi Orang Dewasa dengan Kanak-Kanak
Pendidik di taska hendaklah kerap berinteraksi dengan kanak-kanak terutama bayi dan tatih. Pendidik hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang kepada kanak-kanak dengan memberi senyuman, sentuhan, memegang dan bercakap dengan kanak-kanak pada aras mata mereka sepanjang hari, khususnya semasa ketibaan di taska dan semasa hendak pulang. Begitu juga semasa menyalin lampin interaksi mesra orang dewasa sangat diperlukan oleh bayi dan tatih.
Interaksi atau hubungan antara orang dewasa dengan kanak-kanak boleh menyumbangkan secara menyeluruh bidang pertumbuhana dan perkembangan kanak-kanak. Hubungan secara pertuturan dan bukan pertuturan antara kanak-kanak dan orang dewasa perlu kerap dilakukan.
Interaksi atau hubungan antara orang dewasa dengan kanak-kanak boleh menyumbangkan secara menyeluruh bidang pertumbuhana dan perkembangan kanak-kanak. Hubungan secara pertuturan dan bukan pertuturan antara kanak-kanak dan orang dewasa perlu kerap dilakukan.
Tuesday, May 3, 2011
Ibu Bapa dan Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Kanak-kanak mempunyai hubungan rapat dengan keluarga. Program bukan sahaja dibina untuk kesesuaian dan keperluan kanak-kanak tetapi juga dapat memberi kefahaman kepada ibu bapa dan membina strategi untuk mencapai keberkesanan program bersama ibu bapa. Semua komunikasi antara taska atau tadika dan keluarga hendaklah bersasaskan kepada konsep bahawa ibu bapa perlu sebagai teras mempengaruhi kehidupan kanak-kanak.
Maklumat tentang program hendaklah ditulis tentang pernyataan falsafah dan matlamat hendaklah disediakan dan mudah diperolehi oleh ibu bapa dan kakitangan taska/tadika. Falsafah dan matlamat yang ditulis menerusi cetakan tidak mencukupi jika tidak diterangkan menerusi komunikasi dan kefahaman dengan ibu bapa. Penerangan maklumat adalah penting untuk ibu bapa untuk membuat perancangan yang terbaik untuk anaknya.
Maklumat tentang program hendaklah ditulis tentang pernyataan falsafah dan matlamat hendaklah disediakan dan mudah diperolehi oleh ibu bapa dan kakitangan taska/tadika. Falsafah dan matlamat yang ditulis menerusi cetakan tidak mencukupi jika tidak diterangkan menerusi komunikasi dan kefahaman dengan ibu bapa. Penerangan maklumat adalah penting untuk ibu bapa untuk membuat perancangan yang terbaik untuk anaknya.
Monday, May 2, 2011
Kecemerlangan Pendidik Kanak-Kanak
Salah satu ke arah persediaan kecemerlangan pendidik awal kanak-kanak adalah persediaan untuk merentas disiplin (interdisiplinary) pelbagai latar pendidikan awal kanak-kanak. Pendidik menghadapi pelbagai keadaan kanak-kanak, belajar berbahasa di peringkat kanak-kanak, keluarga yang pelbagai ragam. Selain dari itu pendidik perlu mempelajari bidang pemakanan, kajian berbahasa, sistem kekeluargaan dan sosiologi, dan bidang sains sosial.
Subscribe to:
Posts (Atom)