Tuesday, February 22, 2011

Pemantauan Kesihatan Kanak-Kanak Di TASKA

Kadangkala pemerikasaan kesihatan kanak-kanak yang dihantar oleh ibu bapa atau penjaga ke taska tidak diambilberat oleh pihak taska khususnya semasa ketibaan kanak-kanak. Akta dan Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak ada menyatakan:
"Keadaan kesihatan kanak-kanak perlu dipantau setiap hari semasa kanak-kanak tiba di taska berhubung dengan penampilan, kebersihan, kebersihan diri, suhu, masalah kulit dan sebarang keadaan yang luar biasa perlu dikesan."

Bagaimana anda memeriksa kanak-kanak setiap hari? Mungkin pembaca boleh berkongsi pengalaman menerusi blog ini.

4 comments:

  1. Jika kebiasannya kanak2 tersebut sentiasa riang tiba2 pada hari tersebut kanak2 itu murung @ kerap menangis bermakna berkemungkinan kesihatannya terganggu.

    Harap Prof & rakan2 boleh membantu saya jika saya tersilap.

    ReplyDelete
  2. Ada kebenarannnya pendapat anda. Selain murung kerana sakit mungkin juga berlaku tekanan emosi. Dinasihatkan jika perlu maklumkan kepada ibu bapa atau penjaga tentang masalah anaknya dan bawa jumpa doktor perubatan.

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat saya, perkara tersebut dinyatakan bersama dalam Akta dan Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak adalah kerana selama ini pihak taska sering menjadi "black sheep" @ "kambing hitam" apabila berlaku sesuatu kes di taska. Mungkin Prof. dan rakan pembaca faham maksud saya.

    Oleh kerana itu, bagi pengusaha taska, perlu mengingatkan kepada setiap kakitangan untuk melihat perkara ini seawal waktu ketibaan bayi/kanak-kanak di taska sehinggalah waktu menunggu ibu bapa mengambil bayi/kanak-kanak untuk dibawa pulang.

    Jika menyentuh tubuh bayi/kanak-kanak dan terasa kelainan suhu badannya, periksa menggunakan thermometer. Jika pasti dia demam, cepat maklumkan kepada ibubapa.

    Periksa lampin, jika belum ditukar dan belum dimandikan, lakukan segera agar bayi/kanak-kanak merasa selesa dan tidak mengganggu aktiviti seharian di taska. Bab ini kalau nak dibincangkan memang panjang ceritanya, termasuklah yang berikut ini...

    Periksa kuku tangan dan kaki, pastikan ianya tidak akan mendatangkan sebarang kecederaaan terhadap bayi/kanak-kanak tersebut dan rakannya apabila melakukan aktiviti bersama.

    Sewaktu menukar pakaian dan lampin, periksa seluruh tubuh bayi/kanak-kanak. Jika terdapat sesuatu yang meragukan, bertanya kepada ibubapa/penjaga seberapa segera.

    Maaf jika menyinggung pihak2 yang berkenaan..

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan pandangan dan pengalaman yang dikongsikan. Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan dan pengalaman anda kepada semua pembaca.

    ReplyDelete