Kedudukan atau lokasi taska menentukan jenis taska itu dijalankan. Mengikut Akta dan Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak jenis taska mengikut kedudukan atau lokasi adalah seperti berikut:
(1) Taska tempat kerja mesti berada di premis atau tempat kerja.
(2) Taska tempat kerja mesti berada di bangunan lain dengan syarat di bawah pengurusan majikan.
(3) Taska komuniti mesti di kawasan yang diiktiraf oleh Pengarah JKM.
(4) Taska institusi mesti berada di kedudukan atau lokasi yang sesuai dan tidak boleh menolak penduduk tempatan.
(5) Berdasarkan kedudukan atau lokasi, terdapat beberapa taska institusi dan tidak semestinya terhad kepada sebuah taska sahaja.
Prof, Perkara (4). Kadangkala bukan mudah untuk mendapatkan kedudukan atau lokasi yang sesuai. Ini terutamanya bagi pengusaha yang hanya menyewa bangunan/premis untuk tujuan perniagaan TASKA. Bergantung kepada kesediaan pemilik bangunan/premis juga. Dan saya berpendapat Perkara (5) telah menjelaskannya.
ReplyDeleteIni adalah menurut akta tersebut. Tetapi, "kadangkala" mungkin akan menjadi satu isu yang berbeza apabila dirujuk ke pihak berkuasa di daerah tertentu.
Perkara (1) dan (2) mungkin lebih menarik untuk dibincangkan selepas ini.
Sekadar pandangan peribadi dari saya. Perbetulkan jika saya silap.
Terima kasih.
Pihak agensi yang terlibat sepatutnya maklum supaya tiada pertindihan dalam melaksanakan akta dan peraturan. Perjelaskan kepada umum supaya tidak timbul kekeliruan. Kalau ada kelemahan tentu ada ruang untuk penambahbaikan.
ReplyDelete