Saturday, February 12, 2011

Perabot Dan Peralatan Di TASKA

Penggunaan perabot dan peralatan yang hendak digunakan mestilah sesuai dan selamat. Berikut adalah antara peraturan yang dinyatakan dalam Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak:
(1) Setiap taska perlu menyediakan peralatan katil yang sesuai untuk kanak-kanak.
(2) Tilam, bantal, alas tempat tidur, sarung bantal dan selimut yang disediakan untuk kanak-kanak perlu bersih dan sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak.
(3) Untuk tujuan (2), peralatan mestilah diperbuat daripada jenis yang mudah dibersihkan, dicuci atau dibasmi kuman.
(4) Perabot dan hiasan yang digunakan mestilah daripada jenis yang selamat dan sesuai dengan peringkat umur, keperluan dan tahap perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
(5) Untuk tujuan (4), perabot dan hiasan mestilah yang diperbuat daripada jenis yang mudah dibersihkan, dicuci atau dibasmi kuman dan sentiasa dalam keadaan bersih.

5 comments:

  1. Perkara (4) mengingatkan saya kepada pengalaman yang lalu. Ketinggian rak/perabut mestilah sesuai dengan ketinggian kanak-kanak dan mudah untuk pengasuh mengawasi aktiviti mereka. Jika tidak, ianya akan memudaratkan kepada kanak-kanak misalnya jika kanak-kanak cuba untuk berpaut dan memanjatnya.

    ReplyDelete
  2. perabot modular atau multipurpose dibenarkan tak?

    ReplyDelete
  3. saya ada beberapa soalan.

    1. pada pendapat prof adakah perabot kanak-kanak ini mendorong kepada pembaziran material dan function? kerana satu2 perabot hanya boleh diguna pakai pada satu2 tahap umur sahaja?

    2.apakah ciri-ciri keselamatan yang perlu diterapkan pada sesebuah perabot kanak2 yang belum diterapkan?

    3.adakah secara logiknya perabot kanak-kanak boleh dipelbagai function dan sistam bagi memberi jangka hayat pengunaan dengan lebih lama.

    ReplyDelete