Monday, February 21, 2011

Air, Makanan Dan Nutrisi Di TASKA

Bekalan air ke setiap premis taska mestilah air yang bersih. Manakala garis panduan makanan yang dinyatakan dalam Akta dan Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak adalah seperti berikut:
(1) Semua makanan dan minuman yang disediakan untuk kanak-kanak sama ada disediakan di taska atau sebaliknya mesti disediakan dengan betul dan bersih.
(2) Semua pengusaha makanan atau penyedia makanan untuk taska di tempat kerja, komuniti dan institusi mesti mempunyai sijil imunisasi yang diperakui oleh Jabatan Kesihatan dikeluarkan oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan yang berdaftar.
(3) Makanan atau minuman yang disediakan mesti mengandungi diet yang seimbang, berkualiti dan memenuhi keperluan asas nutrisi kanak-kanak mengikut skala diet yang dicadangkan oleh Jabatan Kesihatan.
(4) Susu yang disediakan di taska mestilah yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa.
(5) Menu makanan yang diberi kepada kanak-kanak mesti disediakan sebelum dihidangkan dan sentiasa bersedia untuk diperiksa pada bila-bila masa oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa.

3 comments:

  1. Prof...
    Sayur2an adalah antara kandungan dlm makanan seimbang. Terdapat ramai kanak2 yg sukar untuk makan sayur.
    Bolehkan prof cadangkan apakah cara yg terbaik untuk menyelesaikan masalah ini...

    Terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Salah satu caranya ialah dengan mencapurkan sedikit sayur ke dalam makanan seperti bubur. Galakkan menerusi bercerita tentang kebaikan memakan sayur. Beri peluang kanak-kanak merasa sedikit untuk membiasakannya.

    ReplyDelete
  3. Pendidikan sebenarnya bermula dari rumah dimana ibubapa sebagai "role model" dan berterusan di taska dimana pengasuh menggantikan sementara peranan ibubapa.

    Sayur-sayuran dan buah-buahan boleh mula diperkenalkan kepada kanak-kanak sewaktu seawal usia 6 bulan. Di usia ini biasanya mereka sudah mula boleh menerima makanan selain dari susu ibu/formula. Perkenalkan perisa asli yang datangnya dari buah/sayuran yang segar dicampurkan dengan bubur tanpa perisa tambahan seperti garam. Bubur yang dikisar dan mudah dihadam adalah yang terbaik untuk usia ini. Mulakan dengan satu jenis sayuran/buahan untuk mengenalpasti alahan kepada kanak-kanak diusia ini.

    Sekadar pandangan peribadi dari saya berdasarkan pengalaman yang ada. Jika ada kesilapan, saya mohon diperbetulkan.

    ReplyDelete