Wednesday, February 2, 2011

Hak Kanak-Kanak

Kanak-kanak di taska adalah berhak mendapat penjagaan yang sempurna mengikut keperluan kanak-kanak. Pihak yang terlibat di taska termasuk pengusaha, pengurus, penyelia, pengasuh, pengasuh berdaftar dan pekerja di taska tempat kerja, komuniti dan rumah perlu memastikan kanak-kanak mendapat perhatian yang berikut:
(a) mendapat jagaan di taska mengikut pengurusan yang sepatutnya.
(b) kesihatan kanak-kanak di tahap yang sesuai.
(c) memastikan kanak-kanak kemas, bersih dan kelihatan baik.
(d) memberi perhatian kepada perkembangan, kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak.
(e) aktiviti atau program yang dijalankan adalah sesuai dengan tahap umur dan perkembangan kanak-kanak.
(f) peralatan dan kemudahan disediakan untuk kanak-kanak hendaklah sesuai dengan aktiviti dan tahap perkembangan kanak-kanak.
(g) membuat persediaan untuk kemudahan dan peluang membolehkan kanak-kanak membina secara menyeluruh sama ada fizikal, mental, kerohanian dan sosial dalam keadaan persekitaran yang kondusif, sihat dan bersih.
(h) kanak-kanak diberi masa rehat secukupnya.
(i) persekitaran kanak-kanak di taska perlu mesra dan sesuai dengan tahap perkembangannya.
(j) premis dan semua peralatan kanak-kanak di taska dalam keadaan sempurna.

7 comments:

  1. Assalamualaikum,, saya nak mngucapkan terima kasih kpd Dr. kerana banyak kami peluang untuk terus mendalami ilmu pendidikan awal kanak-kanak.. Blog Dr. ini byk memudahkan kami untuk terus belajar mengenai penddkn awal kanak-kanak,, sekali lagi terima kasih saya ucapkan. Semoga usaha murni dan jalan Dr. di permudahkan oleh Allah. Amin..

    your student.. (^.^)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Sudahkah anda mendaftar sebagai "pengikut?" Harapan saya anda mendaftar sebagai pengikut (follower)blog ini sebagai tanda anda menyokong penulisan saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Prof, sesetengah ibu bapa tidak mengendahkan perkara (e)(f)(g)(i)(j). Saya ada rakan pengusaha yang menghadapi ibu bapa/penjaga yang tidak mengendahkan perkara yang disebutkan, sedangkan di taska beliau lengkap dengan perkara yang dinyatakan. Dimanakah silapnya ?

    ReplyDelete
  4. Semua bergantung kepada sikap mereka sendiri. amat sukar mengubah sikap melainkan diri sendiri yang mahu berubah.

    ReplyDelete
  5. Prof...
    Masih terdapat ibu bapa yg mengabaikan "Hak Kanak2" dgn menghantar anak2 mereka ke taska yg tidak mengaplikasikan perjalanan yg sepatutnya di taska.. contoh: Kebersihan kanak-kanak & premis diabaikan.
    Bagi ibu bapa sebegini asalkan taska tersebut berhampiran dgn tempat kerja mereka.
    Bagaimanakan utk kita memperbaiki keadaan supaya "Hak Kanak-kanak" betul2 terjaga.

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan keperihatinan anda. Sikap dan tidak ambil berat terhadap kebersihan sememangnya masih ada di kalangan masyarakat kita. Apabila sesuatu peristiwa berlaku baru menuding jari.Kesedaran dan sikap datangnya dari diri sendiri sama ada ibu bapa mahupun pengusaha taskan untuk menjaga kebersihan.

    ReplyDelete
  7. syukur, alhmdulillah saya dapat belajar byk dari blog prof BK ni..semua post yg prof lampirkan disini sgt bertepatan dgn akta 308 perkara 23 a-l yg sedang dlm kajian saya, sblm ni pening jugak nak menghuraikan perkara ni dlm bhsa sendiri tapi selepas mbaca dr blog prof saya baru betul2 dapat memahaminya...tqvm

    ReplyDelete