Tuesday, December 28, 2010

Prinsip Pegajaran Bahasa Kanak-Kanak Tatih - Prinsip 5

Prinsip 5:Guru Bahasa Menghubungkan Perkataan Dengan Tindakan Dan Pengalaman
Kanak-kanak tatih mempelajari perbendaharaan kata menerusi sesuatu perkaitan hubungan. Umpamanya gerak tubuh, menunjukkan sesuatu dan menggunakan sesuatu isyarat tanpa berbahasa. Kesemuanya ini dapat membantu perkembangan bahasa. Guru bahasa pula menggunakan perkataan untuk menerangkan sesuatu perkara dan setiap perkataan yang digunakan mengandungi makna.

Apabila pendidik menyatakan tindakannya dan aktiviti kanak-kanak tatih, perkaitan hubungan membantu kanak-kanak tatih mengenalpasti makna atau maksudnya. Pendidik hendaklah menyediakan sesuatu yang menarik seperti berbagai objek, gambar dan pengalaman di persekitaran kanak-kanak tatih yang dapat mendorong komunikasi.

6 comments:

  1. Maksud Prof, sesuatu yang akan mengalakkan/mendorong kanak-kanak untuk bertanya "apa","mengapa" dan "bagaimana". Dari situ, matlamat perkembangan bahasa akan dapat dicapai oleh kanak-kanak.
    Sila perbetulkan jika saya silap, Prof.

    ReplyDelete
  2. Contohnya:"Ambil biskut ini," bukan "Ambil ini". Kanak-kanak akan memahami maksud kontek ayat yang digunakan.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih memeriahkan blog ini untuk berkongsi pendapat dan pandangan bersama dengan pembaca lain.

    ReplyDelete
  4. prof. di taska / tadika saya terdapat kanak-kanak yang berlainan negara ch , iraq , yaman , nigeria. Walaupun mereka tidak memahami bahasa sesama mereka tetapi mengapa mereka tetap boleh berkomunikasi dan bersosial seolah-olah tiada ujud perbedaan antara mereka?

    ReplyDelete
  5. Kanak-kanak kecil mudah menyesuaikan dengan keadaan persekitaran. Bahasa bukan jurang pemisah bagi mereka. Menerusi sosialisasi dan interksi perlakuan tingkahlaku serta tidakbalas membolehkan mereka memahami isyarat yang diperlukan antara mereka. Penguasaan bahasa akan menyusul kemudian. Semakin muda usia kanak-kanak semakin cepat mereka menguasai bahasa jika dibandingkan dengan orang dewasa.

    ReplyDelete